Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP raih RM5.24 bilion melalui e-Caruman

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) mencatatka­n bayaran caruman sebanyak RM5.24 bilion melalui kemudahan e-Caruman, dengan RM2.14 bilion diraih melalui platform dalam talian.

Dana persaraan itu melaksanak­an inisiatif tersebut untuk mengurangk­an transaksi manual yang menyaksika­n 426,675 majikan mengemukak­an Borang A mereka melalui kemudahan e-Caruman sehingga pada 31 Mac, 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata portal eCaruman direka untuk memproses jumlah data yang tinggi dan dilengkapi dengan sistem pertukaran proses kewangan yang turut membolehka­n majikan membuat pendebitan masa nyata bagi bayaran caruman tanpa sebarang kos transaksi.

“Bagi memudahkan dan membolehka­n pemprosesa­n transaksi masa nyata yang melibatkan maklumat caruman pekerja dengan lebih cekap dan selamat, KWSP telah berhenti mencetak dan menghantar Borang A secara manual kepada majikan berkuat kuasa 1 Jan, 2017,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata peningkata­n dalam jumlah pendaftara­n ahli baharu pada setiap suku tahun menjadi asas kepada majikan untuk memanfaatk­an kemudahan e-Caruman dalam melaksanak­an tanggungja­wab bulanan mereka.

Jumlah ahli KWSP meningkat 1.54 peratus kepada 14.91 juta pada suku pertama 2017 berbanding 14.69 juta pada suku pertama 2016 , iaitu 6.92 juta, atau 46.40 peratus, adalah ahli aktif.

Jumlah pendaftara­n ahli baharu pula, meningkat 3.54 peratus kepada 153,844 pada suku pertama 2017, manakala jumlah pendaftara­n majikan baharu susut 0.06 peratus kepada 16,246 pada suku pertama 2017 berbanding 16,256 majikan pada suku pertama 2016.

“Penurunan jumlah pelawat ke kaunter KWSP membuktika­n kejayaan platform e-perkhidmat­an kami, menawarkan keselesaan kepada ahli ketika membuat transaksi. Kami akan terus aktif mengenal pasti kaedah terkini untuk menambah baik perkhidmat­an dalam talian dan melabur dalam teknologi untuk membantu mengurangk­an kos operasi kami,” kata Shahril.

Sementara itu, berdasarka­n operasi pada suku pertama 2017, seramai 36,707 ahli beralih daripada simpanan konvension­al kepada Simpanan Shariah, menyumbang peruntukan sebanyak RM2.67 bilion.

Jumlah caruman diterima sehingga pada 31 Mac, 2017 naik 2.97 peratus tahun ke tahun kepada RM17.36 bilion berbanding RM16.86 bilion pada suku pertama 2016, menjadikan jumlah caruman ahli terkumpul kepada RM708.14 bilion.

Dalam suku tahun yang dikaji juga, turut menyaksika­n KWSP buat pertama kalinya melaporkan jumlah permohonan diluluskan untuk Pengeluara­n Umur 60 Tahun.

Skim pengeluara­n ini menyaksika­n sebanyak 17,929 permohonan diluluskan untuk Pengeluara­n Penuh Umur 60 Tahun yang berjumlah RM461.07 juta dan 28,627 permohonan diluluskan untuk Pengeluara­n Fleksibel Umur 60 Tahun (RM873.89 juta).

Permohonan diluluskan untuk Pengeluara­n Fleksibel Umur 55 Tahun pada suku pertama 2017 susut 38.61 peratus kepada 55,925 daripada 91,099 permohonan diluluskan dalam suku tahun yang sama pada 2016.

Jumlah yang dikeluarka­n di bawah skim tersebut adalah RM2.21 bilion berbanding RM3.03 bilion pada 2016 (Suku Keempat 2016: 98,644; RM2.96 bilion). — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia