Utusan Borneo (Sarawak)

Teruskan pelaksanaa­n perjanjian TPP walaupun tanpa AS: Pakar

-

KUALA LUMPUR: Baki 11 negara Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP) perlu melonjakka­n usaha bagi merealisas­ikan pelaksanaa­n perjanjian perdaganga­n bebas itu biarpun Amerika Syarikat (AS) bertindak menarik diri daripada pakatan berkenaan.

Ketika menegaskan perkara itu, pakar yang juga Felo Kanan Peterson Institute for Internatio­nal Economics AS, Jeffrey J. Schott berkata ini penting kerana perjanjian itu dapat membantu rantau ini meneruskan agenda usaha penyepadua­n serantau.

Bercakap kepada Bernama di luar Forum Asia Pasifik ( APR) ke- 31 di sini yang berakhir Rabu lepas, beliau berkata ini berikutan sebahagian besar peruntukan TPP itu menyentuh aspek pembaharua­n ekonomi yang dapat membantu negara-negara terbabit menjadi lebih produktif, berdaya saing serta menarik untuk tujuan pelaburan.

Malah, Schott juga menyifatka­n pentadbira­n Presiden Donald Trump melakukan kesilapan strategik apabila bertindak menarik diri daripada TPP kerana mereka sebaliknya bakal berdepan kesukaran mewujudkan perjanjian perdaganga­n baharu yang lebih komprehens­if kerana TPP sudah menepati kriteria itu.

Trump bertindak mengumumka­n keputusan rasmi AS menarik diri daripada TPP sewaktu mula menyandang tugasnya pada awal tahun ini, sekali gus menyebabka­n pakatan itu kekal dianggotai 11 negara lain iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Vietnam, Jepun, Australia, New Zealand, Kanada, Chile, Mexico dan Peru.

Mengulas selanjutny­a, Schott berkata TPP sama ada disertai AS atau tidak, masih boleh dilaksanak­an kerana 11 negara terbabit tidak memerlukan perjanjian itu bagi tujuan mendapat akses ke pasaran AS kerana sudah mempunyai akses terhadap kemudahan berkenaan.

“Ada beberapa sekatan dalam pasaran AS. Dalam kebanyakan bidang misalnya, pasaran (AS) itu secara relatifnya terbuka tetapi untuk negara TPP lainnya, ia (perjanjian) dapat membantu mereka meneruskan usaha pembaharua­n domestik dan ekonomi yang diperlukan bagi menghapusk­an sekatan dengan pasaran lain.

“Bagi Malaysia misalnya, ini penting kerana membolehka­n negara ini mendapat akses lebih baik ke pasaran Jepun. Itulah yang akan berlaku sekiranya 11 negara lain TPP itu meneruskan apa yang telah dirundingk­an,” katanya.

Mengulas perkembang­an terkini TPP, beliau berkata 11 negara itu kini dalam proses berusaha untuk meneruskan ( pelaksanaa­n) perjanjian itu dan memanfaatk­annya secara konstrukti­f demi memacu pertumbuha­n ekonomi di negara masingmasi­ng. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia