Utusan Borneo (Sarawak)

‘Fundraisin­g Sale 2017’ anjuran gereja TGSL dapat sambutan menggalakk­an

- Oleh Connie Sylvia Mesa

LEBIH 1,000 pengunjung telah bersama menjayakan aktiviti jualan amal tahunan ‘ Fundraisin­g Sale 2017’ anjuran gereja The Good Shepherd Lutong (TGSL) yang berlangsun­g pada 1 Mei lalu.

Program tahunan tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi kegunaan gereja St Matthias Tudan Desaras iaitu gereja di bawah kendalian TGSL.

Menurut Vicar gereja TGSL Fr Donald Jute, beliau amat menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh warga gereja dan masyarakat setempat sekitar Miri yang begitu menggalakk­an.

Aktiviti jualan amal itu secara langsung jelasnya, t u r u t m e n g e r a t k a n hubungan dalam kalangan warga gereja dan masyarakat setempat selain bersama berkongsi kegembiraa­n dalam menjayakan program terbabit.

M e n e r u s i a k t i v i t i berkenaan, pihak penganjur berjaya mengumpul sejumlah RM45,000 melalui jualan pelbagai makanan dan minuman.

Dana berkenaan akan digunakan untuk menampung kegunaan gereja St Matthias yang telah pun siap dan dirasmikan oleh serta digunakan pada Februari lalu oleh Bishop Gereja Anglican Kuching dan Brunei Darussalam Rev Datuk Bolly Lapok.

Sementara itu, aktiviti jualan amal tersebut d i p e n g e r u s i k a n o l e h Subdeacon Manggum Nyis yang telah berlangsun­g di pekarangan gereja TGSL bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Lebih 20 gerai terlibat sama menjual pelbagai makanan dan minuman seperti ‘manok pansoh’, ‘kacang ma’, laksa, cendol, burger, tauhu sumbat, air kelapa segar, pelbagai kuih- muih, barangan lain dan juga aktiviti permainan untuk kanak-kanak.

Terdapat juga gerai yang menjual buku Bible dan barangan Kristian yang lain, selain hadiah cabutan bertuah yang menarik untuk para pengunjung.

 ??  ??
 ??  ?? TIDAK KETINGGALA­N: Ruangan permainan turut disediakan untuk disertai oleh pengunjung kanak-kanak.
TIDAK KETINGGALA­N: Ruangan permainan turut disediakan untuk disertai oleh pengunjung kanak-kanak.
 ??  ?? GAMBAR DULU: Sebahagian daripada kaum ibu yang menjual pelbagai jenis makanan sempat merakam kenangan bersama.
GAMBAR DULU: Sebahagian daripada kaum ibu yang menjual pelbagai jenis makanan sempat merakam kenangan bersama.
 ??  ?? MARI SINGGAH: Gerai menjual cendol menanti pelanggan.
MARI SINGGAH: Gerai menjual cendol menanti pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia