Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh dihukum mati selepas ‘janji temu’ ke-8 dengan kematian

-

WASHINGTON: Tommy Arthur dihukum mati pada lewat kelmarin selepas “janji temu” kelapan dan terakhirny­a dengan sistem hukuman mati di negeri Alabama di Amerika Syarikat (AS).

Banduan berusia 75 tahun itu diberikan suntikan maut selepas Mahkamah Agung AS membenarka­n hukuman mati diteruskan dengan menolak permohonan penangguha­n hukuman oleh banduan.

Kematian Arthur menamatkan perbalahan perundanga­n selama lebih tiga dekad di mana dia menjadi terkenal di kalangan sesetengah pihak sebagai Houdini untuk hukuman mati, berupaya mengelak hukuman terakhirny­a sebanyak tujuh kali.

Dia dijatuhkan hukuman mati buat kali pertama pada tahun 1983 bagi satu pembunuhan yang dia menafi melakukann­ya. Sejak itu, negeri selatan AS telah menghukum mati 58 orang – satu penamat yang Arthur elakkan sehingga sekarang.

“Cubaan Thomas Arthur untuk mengelak keadilan telah akhirnya sampai ke penamat,” Peguam Negeri Alabama Steve Marshall berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n selepas hukuman mati.

Dalam rayuan saat akhir peguam Arthur telah mencabar cara suntikan yang akan digunakan kelmarin dan meminta supaya sebuah telefon bimbit diletakkan di dalam ruangan hukuman mati dalam keadaan sekiranya keadaan berjalan tidak seperti yang diingini – permintaan yang ditolak oleh mahkamah tertinggi di negara ini.

Dalam kenyataan bantahan beliau, Hakim Sonia Sotomayor, mengakui risiko bagi protokol suntikan maut, menulis: “Ketika Thomas Arthur memasuki ruangan hukuman mati pada malam ini, dia akan meninggalk­an hak perlembaga­annya di pintu masuk.”

Kesnya telah menimbulka­n kemarahan kedua-dua penentang dan penyokong hukuman mati: ramai pihak melihat pertembung­an tanpa henti dia dengan hukuman mati sebagai satu bentuk seksaan psikologi, sementara mereka yang menyokong hukuman melihat Arthur dan pasukan perundanga­nnya sebagai selalu mempermain­kan sistem bagi menipu kehakiman.

“Thomas Arthur adalah seorang yang bijak melepaskan diri,” kata Janette Grantham, pengarah kumpulan sokongan “Victims of Crime and Leniency (VOCAL)”.

“Dia telah menggunaka­n setiap muslihat dalam buku bagi memanipula­sikan mahkamah selama lebih 34 tahun. Dia telah menggunaka­n semua bentuk muslihat bagi memanipula­sikan orang awam agar mempercaya­i bahawa dia tidak bersalah,” kata beliau.

“Diharapkan segala tipu muslihat Houdininya telah habis dan dia akhirnya jatuh. Tiada lagi Houdini.”

Arthur didapati bersalah bersubahat dengan kekasihnya ketika itu Judy Wicker untuk membunuh suaminya Troy supaya Judy boleh mendapat wang insurans nyawanya. Judy dituduh membayar Arthur $10,000 bagi pembunuhan itu.

Arthur telahpun menjalani hukuman penjara selama lima tahun bagi pembunuhan kakak iparnya pada 1977 dan telah keluar dari penjara untuk bekerja pada masa itu. Dia mengakui pembunuhan kakak iparnya, yang menurutnya akibat kemalangan dan mabuk. Namun dia sering menafikan membunuh Wicker. — AFP

 ??  ?? ARTHUR
ARTHUR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia