Utusan Borneo (Sarawak)

7 pendatang maut, 77 lagi diselamatk­an: Tentera Laut

-

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya tujuh pendatang maut dan 77 lagi diselamatk­an di luar pantai Libya kelmarin, dua hari selepas bot kecil getah mereka mengalami masalah, kata tentera laut di negara tersebut.

Mangsa yang terselamat, termasuk empat wanita dan seorang kanak- kanak, selama dua hari berpaut pada apa yang merupakan kapal mereka yang bocor sebelum mereka diselamatk­an, kata jurucakap tentera laut Ayoub Kacem.

Tujuh mayat ditemui di kawasan perairan berhampira­n, 12 batu nautika dari Sayad, kira-kira 40 kilometer di barat Tripoli, jelas beliau.

Namun jumlah nyawa yang hilang mungkin akan menjadi lebih tinggi kerana ia tidak diketahui berapa ramai pendatang yang berada di dalam kapal sejak awalnya, tambah beliau.

Biasanya penyeludup manusia akan memadatkan sehingga 120 pendatang di dalam bot sebegitu.

Mereka yang diselamatk­an berada dalam “keadaan kritikal” dan mengalami kelaparan, kehausan, lemah dan selaran matahari, menurut Kacem.

Seramai 2,300 pendatang diselamatk­an di luar pantai Libya dan dua lagi ditemui meninggal dunia kelmarin dalam operasi yang dilakukan oleh kapal komersil dan pengawal pantai Itali di kawasan tersebut.

Ia berlaku ketika mayat 35 pendatang, termasuk sekurang- kurangnya 10 kanak- kanak, dibawa ke Itali selepas mereka terjatuh dari sebuah kapal yang terlalu penuh yang dilanggar oleh ombak besar ketika diselamatk­an oleh sebuah bot bantuan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia