Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh: Bekas ketua polis China dihukum mati

-

BEIJING: Seorang bekas ketua polis wilayah di China telah menjalani hukuman mati atas kesalahan membunuh, kata media kerajaan semalam, selepas laporan menyebut mangsanya adalah seorang kekasih yang tiga dekad lebih muda daripadany­a.

Zhao Liping, 65, didapati bersalah melakukan pembunuhan, menerima rasuah dan memiliki senjata api dan bahan letupan oleh sebuah mahkamah di Taiyuan, ibu kota wilayah Shanxi di utara, pada November lalu.

Mahkamah agung China semalam mengumumka­n Zhao sudah menjalani hukuman setelah ia meluluskan hukuman tersebut, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

China menjalanka­n hukuman mati menggunaka­n suntikan yang menyebabka­n kematian atau skuad tembak, tetapi kaedah yang digunakan pada kali ini tidak dinyatakan.

Zhao ditangkap pada 2015 di Chifeng kerana disyaki membunuh seorang wanita berusia 28 tahun yang “menjalin hubungan intim” dengannya kerana wanita itu mahu mendedahka­n salah lakunya, media China melaporkan sebelum ini.

Zhao menembak wanita itu, yang dilaporkan terselamat daripada dua tembakan pertama, tetapi selepas dia lari, tertuduh mengejarny­a dengan kereta dan menembakny­a di kepala.

Zhao mengetuai polis di Inner Mongolia selama tujuh tahun sehingga dia bersara pada 2012, dan juga merupakan timbalan ketua tempatan bagi Persidanga­n Perundinga­n Politik Rakyat, sebuah dewan perdebatan yang dikuasai Komunis.

Ramai pegawai polis yang jatuh di China didapati mempunyai perempuan simpanan dan siasatan rasuah sering dicetuskan oleh dakwaan yang dibuat oleh wanita- wanita yang ditolak atau marah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia