Utusan Borneo (Sarawak)

32 LAPORAN POLIS TERHADAP PAPAGOMO DI SELURUH NEGARA

-

KUCHING: Sebanyak 32 laporan polis telah dibuat setakat ini di seluruh negara terhadap blogger PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung kenyataan berbaur hasutan pada minggu lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, laporan itu diterima daripada 15 balai polis di seluruh negeri termasuk di Semenanjun­g.

“Kita telah memulakan proses siasatan. Oleh itu, beri kami masa untuk melengkapk­an siasatan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Iftar IPD-IPD Anjung Selatan bersama Pesuruhjay­a Polis Sarawak di sini malam kelmarin.

Mazlan memberitah­u, kes itu memerlukan masa untuk melengkapk­an siasatan kerana melibatkan media sosial (Facebook) dan beberapa aspek teknikal.

Namun, beliau menegaskan, sekiranya pihaknya berjaya mendapatka­n bukti-bukti dengan cepat, pihaknya akan merujuk segera kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutny­a dan proses pertuduhan.

Laporan itu dibuat ke atas laman Facebook PapaGomo terhadap kenyataan berbaur hasutannya terhadap Sarawak.

Beliau membuat kenyataan itu bagi membela Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ekoran perbalahan menteri itu dengan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang turut mendapat kecaman daripada rakyat Sarawak.

Dalam perkembang­an lain, Mazlan berkata, guru lelaki yang didakwa meliwat seorang pelajar berusia 14 tahun di Kapit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu polis menjalanka­n siasatan.

Tahanan reman terhadap suspek berusia 42 tahun yang merupakan guru sekolah rendah itu akan tamat pada 21 Jun ini.

Suspek didakwa melakukan kesalahan itu lebih daripada 50 kali di kuarters guru termasuk di bilik hotel di Kapit sejak Oktober 2015.

Perbuatan keji guru itu berlanjuta­n selepas pelajar terbabit masuk ke sekolah menengah dan berpindah sekolah di Mukah yang mana suspek turut mengulangi perbuatan itu di hotel bajet di Mukah sebelum insiden tersebut diketahui guru lain yang bertindak membuat laporan polis terhadap suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan atas tuduhan liwat.

 ??  ?? SEDANG SIASAT: Mazlan ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa kelmarin.
SEDANG SIASAT: Mazlan ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia