Utusan Borneo (Sarawak)

PAMER PERUBAHAN POSITIF

Khairy optimis skuad Harimau Malaya akan menjadi kuasa bola sepak di Asia

-

SEPANG: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin optimis bahawa masa depan skuad Harimau Malaya akan kembali gemilang di bawah kendalian ketua jurulatih Nelo Vingada serta kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata Vingada baharu sahaja mengendali­kan skuad kebangsaan dalam tempoh masa yang singkat, dan tidak adil untuk menilai prestasi skuad kebangsaan hanya selepas satu kekalahan dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019, Selasa lepas.

“Saya telah menonton perlawanan itu sepenuhnya di tv, dan saya melihat bahawa kalau kita ambil separuh masa pertama sebagai contoh, kita melihat banyak perubahan yang positif. Satu permainan yang kemas, tenang, organisasi yang baik dan disiplin yang tinggi.

“Ini menggambar­kan masa depan pasukan kebangsaan kita. Sudah pasti kalau tengok dari segi keputusan pun, Lubnan ini satu pasukan yang ranking jauh lebih tinggi dari pasukan kebangsaan kita.

“Ini satu keputusan yang baik sebab kita menghampir­i keputusan seri sampai ke saat yang terakhir. Jadi kita perlu positif dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau ditemui selepas meninjau persiapan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) menjelang temasya Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 (KL 2017) di sini.

Justeru, Khairy meminta agar peminat bola sepak tanah air dan media agar tidak membuat kesimpulan terlalu awal yang mengatakan bahawa skuad kebangsaan mahupun jurulatih serta FAM telah gagal.

“Perubahan itu tidak datang dengan cepat dan mudah. Kita bagi masa. Saya positif daripada perlawanan pertama pasukan kita di bawah jurulatih yang baharu,” katanya.

Skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke155, gagal memanfaatk­an perlawanan di gelanggang sendiri apabila tewas 1-2 kepada Lubnan yang menduduki ranking ke-135, di Stadium Larkin, Johor Bahru, Selasa lepas.

Pada perlawanan kumpulan B itu, Mahali Jasuli meletakkan pasukan negara di hadapan pada minit ke-43 sebelum pemain gantian Lubnan, Rabih Ataya meledak dua gol pada minit ke-79 dan masa tambahan untuk mengesahka­n kemenangan Lubnan.

Sementara itu, mengenai perkembang­an positif skuad Bawah 22 (B-22) ketika menghadapi tiga perlawanan persahabat­an di China, Khairy berharap para pemain dapat mengekalka­n momentum mereka sehingga ke pertanding­an sebenar acara bola sepak Sukan SEA membuka tirai.

“Kita ada dua bulan lagi... dan yang penting, adalah pemain sampai kepada kemuncak prestasi pada temasya Sukan SEA nanti,” katanya.

Pada aksi persahabat­an pertama menentang B- 22 China di Xiangtan Sabtu lepas, skuad Projek Sukan SEA 2017 kendalian Datuk Ong Kim Swee kalah 1- 0 sebelum mengikat pasukan simpanan kelab Liga Super China, Guangzhou R&F FC 2-2 pada Selasa.

Skuad B-22 negara meraih kemenangan 3-0 ke atas skuad simpanan Guangzhou Evergrande pada aksi persahabat­an terakhir semalam.

Pasukan B-22 akan beraksi dalam perlawanan kelayakan Bawah 23 Tahun AFC pada 15-23 Julai sebelum temasya Sukan SEA pada 19-30 Ogos nanti. — Bernama

Perubahan itu tidak datang dengan cepat dan mudah. Kita bagi masa. Saya positif daripada perlawanan pertama pasukan kita di bawah jurulatih ” baharu. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRY
KHAIRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia