Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan saman pemula Dr Ting diketahui hari ini

-

KUCHING: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan hari ini untuk mendengar keputusan saman pemula yang difailkan bekas Ahli Dwan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon.

Hakim Datuk Douglas Christo Primus Sikayun menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak guaman selesai membentang­kan hujah masing-masing.

Katanya, keputusan kes perlu dibuat secepat mungkin kerana ia dipengaruh­i tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut yang hampir tiba.

Kedua-dua pihak, defendan dan plaintif diperuntuk­kan dua hari untuk membuat hujah mereka mengenai saman pemula oleh bekas ADUN berkenaan yang mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana membatalka­n kelayakany­a sebagai ADUN.

Pada Khamis lepas, pasukan peguam defendan berhujah panjang di mahkamah mengenai ketidakset­iaan plaintif serta bidang kuasa DUN terhadap ahlinya.

Semalam, plaintif berkata, tempoh kesetiaan adalah subjektif.

Dr Ting menamakan Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.

Dalam samannya Dr Ting memohon perisytiha­ran bahawa kehilangan kelayakann­ya di bawah Perkara 17(1) (g) Perlembaga­an Sarawak adalah batal dan tidak sah.

Peguam Besar Negeri Talat Mahmodd Abdul Rashid mewakili DUN, manakala peguam Shankar Ram Asnani dan Grace Lee masing- masing mewakili Asfia dan Wong.

Sementara SPR diwakili peguam Azizan Arshad.

Chong Siew Chiang mengetuai pasukan guaman bagi Dr Ting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia