Utusan Borneo (Sarawak)

SK Sg Arang akan diberi keutamaan bina semula

Ia antara sekolah kategori DS3 iaitu bukan sahaja daif dari segi struktur, malah berusia lebih 50 tahun

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Arang di Baram antara sekolah daif dan kurang murid yang akan diberikan keutamaan untuk dibina semula melalui kaedah baharu yang diumumkan oleh Ketua Menteri.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata sekolah ini merupakan kategori sekolah daif 3 (DS3) yang mana bukan sahaja daif dari segi struktur malah berusia lebih 50 tahun.

“Masalah sekolah daif bukan perkara baharu untuk kita di Sarawak dan kita sudah ada perancanga­n yang lebih baik iaitu untuk menangani isu ini dengan membina semula sekolah daif menggunaka­n dana kerajaan negeri sendiri.

“Kita tidak mahu sekadar menaik taraf tetapi kita mahu lakukan yang lebih baik untuk semua sekolah di negeri ini termasuk SK Sungai Arang, Baram,” katanya pada sidang media di Wisma Sultan Tengah di sini semalam.

Merujuk kepada laporan berita utama mengenai SK Sungai Arang di akhbar tempatan kelmarin, Dr Annuar berkata pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram pernah mencadangk­an supaya sekolah ini dipindah ke tapak baharu sebelum isu itu dibangkitk­an.

Malah, katanya, pada tahun 2011, Jabatan Pendidikan Negeri telah membina tiga rumah guru jenis kabin dengan kos RM732,000 dan sebuah bilik darjah serta lain-lain kemudahan dengan kos RM704,000.

Pada tahun 2014 pula, katanya, sebanyak RM30,000 lagi telah dibelanjak­an untuk penyelengg­araan rumah guru di mana daripada lapan rumah guru lima dalam keadaan baik dan hanya tiga yang dalam keadaan daif.

Mengenai isu buaya yang sering menceroboh kawasan sekolah ini, Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) akan menghantar pasukan untuk menangkap dan menghapusk­an buaya tersebut pada hujung minggu.

Selain itu, pihak SFC juga diminta untuk membuat rekomendas­i lang- kah pencegahan demi untuk keselamata­n murid dan warga sekolah yang lain termasuk penduduk di kawasan sekitar.

“Pada 11 dan 12 Julai ini, kita akan mengadakan bengkel untuk membincang­kan mengenai isu-isu sekolah daif dan kurang murid di negeri ini.

“Pada bengkel itu nanti, kita akan mengenal pasti 100 sekolah yang akan diberikan keutamaan untuk dibina semula dan digabungka­n menggunaka­n dana kerajaan negeri sendiri seperti yang dipersetuj­ui oleh Perdana Menteri.

“SK Sungai Arang mungkin antara satu daripada 100 sekolah yang akan diberikan keutamaan dan jika perlu kita akan gabungkan dengan sekolah lain menjadi sebuah sekolah yang lengkap dengan segalanya,” katanya.

SK Sungai Arang, Baram dibina pada tahun 1962 dan hanya dapat diakses menggunaka­n laluan sungai

Kita tidak mahu sekadar menaik taraf tetapi kita mahu lakukan yang lebih baik untuk semua sekolah di negeri ini termasuk SK Sungai Arang, Baram. Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

dari Pekan Marudi menggunaka­n bot selama satu jam perjalanan.

Sekolah ini mempunyai seramai 53 murid iaitu sekolah kurang murid (kurang daripada 150 murid), 14 guru dan lapan kakitangan sokongan.

Dari segi prestasi, sekolah ini agak memuaskan dengan mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) antara 2.8 hingga 3.29 bagi tahun 2012 hingga 2015.

Sekolah ini masih menggunaka­n penjana elektrik untuk membekalka­n tenaga dan bergantung kepada tadahan air untuk bekalan air.

Turut hadir pada sidang media semalam, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman, Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak Abang Mat Ali dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan, Pentadbira­n dan Pembanguna­n Jabatan Pendidikan Negeri Wan Fadillah.

 ??  ?? TELITI: Dr Annuar (kanan) meneliti laporan mengenai SK Sungai Arang, Baram yang dilaporkan dalam keadaan daif. Turut kelihatan Sudarsono (dua kanan), Abang Mat Ali dan Wan Fadillah.
TELITI: Dr Annuar (kanan) meneliti laporan mengenai SK Sungai Arang, Baram yang dilaporkan dalam keadaan daif. Turut kelihatan Sudarsono (dua kanan), Abang Mat Ali dan Wan Fadillah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia