Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Jambatan Sambutan Jubli Emas kini masuk tahap baharu

-

KUCHING: Pembinaan Projek Jambatan Sambutan Jubli Emas merentangi Sungai Sarawak kini memasuki tahap baharu apabila semalam selesai kerjakerja penyambung­an segmen terakhir berupa laluan pejalan kaki keluli.

Jambatan itu apabila siap sepenuhnya kelak akan menambah mercu tanda di bandar raya ini, sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Bumi Kenyalang.

Projek itu dianugerah­kan pada 20 Disember 2013 berasaskan Turnkey (reka dan bina) kepada PPES Works dan Naim Land JV serta dijadualka­n siap sebelum hujung tahun ini.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 330 meter yang berlekuk ini akan disokong oleh kabel dari ketinggian 45 meter dan menara keluli condong 45 darjah berkepala burung kenyalang.

Dua pelantar berbumbung disediakan kepada pengguna sebagai tempat berehat, yang akan menjanjika­n pemandanga­n indah kepada pengunjung menikmati keindahan bandar raya ini.

Ia akan menghubung­kan penduduk tempatan dan pelancong dari Tebingan Sungai Kuching di sebelah selatan dan Kompleks Dewan Undangan Negeri, Taman Orkid dan Fort Margherita di sebelah utara.

Jambatan ini akan merupakan sebahagian daripada rancangan pembinaan Taman Legasi dan Halaman Jejak Warisan.

Ia merupakan projek usaha sama antara PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd dan Naim Land Sdn Bhd sebagai kontraktor, manakala kerajaan negeri Sarawak dan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) sebagai klien.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia