Utusan Borneo (Sarawak)

TH Komuniti permudah urusan transaksi, tingkat daftar pendeposit Sarawak

-

LIMBANG: Perkhidmat­an Bergerak Tabung Haji (TH) Komuniti bukan sahaja memudahkan urusan transaksi bersama komuniti setempat tetapi mampu meningkatk­an jumlah pendaftar pendeposit di Sarawak.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, TH Komuniti satu inisiatif yang diperkenal­kan TH untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada orang ramai khususnya yang ditinggal di luar bandar dan terpencil dari bandar.

Katanya, TH terkenal dan mempunyai rekod cemerlang dan diikitraf terbaik dalam pengurusan jemaah haji di dunia.

“Melalui perkhidmat­an bergerak ini, kita berharap ia dapat meningkatk­an jumlah pendaftar pendeposit TH selain memberi perkhidmat­an terbaik kepada orang ramai,” katanya pada Pelancaran Perkhidmat­an Bergerak TH Komuniti di Dewan Kampung Bunga Raya semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi TH Malaysia Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, Eksekutif Perhubunga­n Media TH Malaysia Affan Aimaduddin Azami, Pengarah TH Negeri Sarawak Zaiton Mohd Yusoff, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Pengurus TH Limbang Mohd Zaini M. Hamdi dan kenamaan lain.

Dr Abdul Rahman yakin perkhidmat­an itu dapat memberi keselesaan kepada pendeposit serta orang ramai untuk berurusan dan pada masa sama memperoleh maklumat tepat mengenai TH.

Katanya lagi, TH merupakan sebuah institusi ikonik Islam yang sentiasa berusaha mengutamak­an pelanggan di mana saja berada.

Selain itu, katanya, TH juga berfungsi sebagai bank simpanan kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.

“Meskipun berdepan pelbagai halangan, namun TH merupakan institusi kewangan yang diyakini selamat untuk menyimpan wang,” katanya.

Malah ujarnya TH sentiasa berkembang dari semasa ke semasa sentiasa berusaha memberikan perkhidmat­an terbaik.

Beliau berharap TH akan menambah lagi kenderaan untuk TH Komuniti di Sarawak.

Pada masa ini, TH mempunyai empat unit kenderaan untuk tujuan TH Komuniti termasuk satu di Sabah, Sarawak (1) dan dua di Semenanjun­g.

Pemasangan TH Komuniti disokong dengan pemasangan teknologi VSAT bagi membolehka­n orang ramai berurusan dengan TH secara ‘online.’

Pemasangan VSAT akan membolehka­n capaian jalur lebar di mana sahaja kenderaan itu berada.

Antara perkhidmat­an yang ditawarkan TH Komuniti termasuk traksaksi simpanan dan pengeluara­n, pendaftara­n Kelab TaHa, urusan haji, gantian buku akaun simpanan, kemas kini maklumat, pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa dan perkhidmat­an lain.

 ??  ?? BERI PERKHIDMAT­AN: Dr Abdul Rahman (dua kiri) turut menggunaka­n perkhidmat­an TH Komuniti di Dewan Bunga Raya semalam, disaksikan Adi Azuan (dua kiri) dan kenamaan lain.
BERI PERKHIDMAT­AN: Dr Abdul Rahman (dua kiri) turut menggunaka­n perkhidmat­an TH Komuniti di Dewan Bunga Raya semalam, disaksikan Adi Azuan (dua kiri) dan kenamaan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia