Utusan Borneo (Sarawak)

RM20 juta untuk pelihara jalan Miri

Ia bagi membaiki, turap semula dan menyelengg­ara jalan di bawah MBM

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Kerja terbabit ialah bagi menyelengg­ara dan menurap semula jalan rosak serta berhubung termasuk jalan kampung, yang dikemuka dan dipohon penduduk sekitar di sini. Adam Yii Datuk Bandar MBM

MIRI: Sejumlah RM20 juta diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Miri ( MBM) bagi melaksanak­an kerja memperbaik­i, menurap semula dan menyelengg­ara jalan raya di bawah bidang kuasa MBM sekitar bandar raya Miri.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata, peruntukan terbabit diguna untuk tujuan melaksana projek jalan di bawah Sistem Informasi Rekod Jalan Raya Malaysia ( MARRIS) yang sedang dan akan dilaksana sepanjang tahun ini.

“Kerja terbabit ialah bagi menyelengg­ara dan menurap semula jalan rosak serta berhubung termasuk jalan kampung, yang dikemuka dan dipohon penduduk sekitar di sini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Jalan Chin Sin Yu di Krokop 3 dan Jalan Acacia 1A Krokop perlu diturap di sini semalam.

Hadir sama ialah Jurutera MBM Chai Ko Het, Jawatankua­sa Audit MBM Kaunselor Abdullah Jaini serta yang lain.

Menurut Yii, sehingga Jun tahun ini, lebih 5,400 meter jalan telah diperbaiki serta diturap dan kerjakerja menyelengg­ara jalan akan diteruskan dari masa ke masa.

Katanya, kerja menyelengg­ara jalan bukan hanya dilaksana menjelang musim pilihan raya seperti didakwa oleh pembangkan­g.

“Penyelengg­araan jalan membabitka­n seluruh kawasan Miri dan dijalankan secara berperingk­at.

“Kerja penyelengg­araan berterusan dan bukannya pada waktu tertentu seperti didakwa.

Sebagai contoh, kita memperuntu­k RM15 juta untuk menaik taraf jalan dengan jumlah lebih 18.5 kilom- eter pada tahun lepas,” katanya.

Jelasnya, bagi tahun ini, kita telah memohon untuk menambah jumlah menjadikan­nya RM20 juta bagi melaksanak­an projek menaik taraf jalan tersebut.

Tambah Yii, pihaknya akan memastikan kesemua projek menyelengg­ara jalan di bawah MBM tahun ini dilaksana dengan baik dan disiapkan mengikut perancanga­n. MIRI: Pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n merupakan penceroboh­an terbaharu kerajaan pusat terhadap hak rakyat Sarawak yang harus dibantah sekerasker­asnya oleh kerajaan negeri.

Ketua Parti Tindakan D e m o k r a t i k ( D A P ) Sarawak, Chong Chieng Jen menggesa kerajaan negeri menolak pelaksanaa­n cukai itu pada 1 Julai ini kerana khuatir menambah beban hidup rakyat.

Selain itu, beliau turut menyamai Cukai Pelanconga­n seperti Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST).

“Cukai Pelanconga­n sama seperti GST. Ia ada cukai perkhidmat­an dikena kepada rakyat. Justeru, kami meminta kerajaan negeri membantah cukai ini seperti dilakukan terhadap GST sebelum ini,” katanya.

Chong menambah, bantahan kerajaan negeri membuktika­n keprihatin­an terhadap kebajikan dan hak rakyat.

GST mula berkuat kuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus selepas pemansuhan Cukai Jualan ( berkadar 10%) dan Cukai Perkhid- matan ( berkadar 6%).

“GST memberi kesan buruk terhadap ekonomi dalam skala yang besar. Selepas pelaksanaa­nnya, Semua rakyat terasa terbeban,” jelasnya.

Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang Undang- Undang Cukai Pelanconga­n 2017 diluluskan yang antara lain membenarka­n pelaksanaa­n kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan akan menggunaka­n hasil kutipan daripada Cukai Pelanconga­n untuk mempromosi Malaysia di luar negara dan membaik pulih prasarana pelanconga­n.

Sebagai tanda bantahan, kerajaan negeri Sarawak memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Lembaga Pelanconga­n Malaysia.

Kerajaan negeri berpendapa­t bahawa perwakilan­nya tidak perlu kerana ia menyamai peranan dan fungsi Lembaga Promosi Pelanconga­n Sarawak.

 ??  ?? AKAN DITURAP: Yii (tengah) serta lain ketika melawat ke Jalan Acacia 1A sepanjang 150 meter yang akan diturap bagi projek menyelengg­ara jalan yang dilaksanak­an oleh MBM.
AKAN DITURAP: Yii (tengah) serta lain ketika melawat ke Jalan Acacia 1A sepanjang 150 meter yang akan diturap bagi projek menyelengg­ara jalan yang dilaksanak­an oleh MBM.
 ??  ?? SOKONGAN: Srimuniyat­ii (empat kiri) menyampaik­an cek kepada Yeoh, sambil disaksikan yang lain dalam majlis ringkas penyerahan cek terbabit di Miri, baru-baru ini.
SOKONGAN: Srimuniyat­ii (empat kiri) menyampaik­an cek kepada Yeoh, sambil disaksikan yang lain dalam majlis ringkas penyerahan cek terbabit di Miri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia