Utusan Borneo (Sarawak)

CAHM anjur Projek Amal Klef Bibir dan Lelangit Merekah 7-11 Julai

-

MIRI: Hospital Columbia Asia Miri (CAHM) akan menganjur Projek Amal Klef Bibir dan Lelangit Merekah untuk mereka memerlukan pada 7 hingga 11 Julai depan.

Menurut jurucakap projek merangkap Eksekutif Pemasaran CAHM, Goh Teck Nei projek berkenaan kali ke-18 tahun ini.

“Untuk rekod, kita mengumpul sejumlah 12 pesakit mendaftar bagi projek ini dan kita masih menerima pendaftara­n daripada pesakit klef bibir dan lelangit merekah tersebut.

“Justeru, projek ini dibuka kepada keluarga yang mempunyai pendapatan bawah RM2,000 dengan ahli keluargany­a yang lahir dengan masalah klef bibir dan lelangit merekah,” katanya.

Melalui projek tersebut, pesakit akan menjalani pembedahan dengan kos pembiayaia­n ditanggung oleh pihak CAHM.

Menurut Goh, baru-baru ini Persatuan Wanita Petroleum Miri (PWPM) telah menyampaik­an sumbangan berjumlah RM2,000 bagi menyokong penganjura­n projek terbabit.

Majlis ringkas penyerahan cek telah disempurna­kan oleh Presiden PWPM Srimuniyat­ii Cranfield kepada Pengurus Besar Wilayah CAHM Yeoh Kim Looi.

Hadir sama ialah Naib Presiden PWPM Adeline Soh, Ketua Perkhidmat­an Jururawat CAHM Ho Siew Choon, Bendahari Projek Rosini Mohd Judi dan Pengendali Projek Fauziah Arshad.

Masyarakat setempat yang ingin menghulurk­an sumbangan bagi menyokong projek terbabit turut dialu-alukan.

Mereka berminat untuk mengetahui lanjut, boleh menghubung­i pihak CAHM di talian 085-437 755. KUCHING: Yayasan Persatuan Pengimport dan Penjual Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak meneruskan khidmat sosial korporat dengan menghulurk­an bantuan kepada penghuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Matang, di sini sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi semalam.

Melalui program digerak pengurusan kanan persatuan itu, anak PDK Matang seramai 75 orang itu menarik nafas lega apabila menerima kunjungan istimewa rombongan yang diketuai Presiden PEKEMA Sarawak Dato Sri Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki.

Lawatan termasuk sumbangan berupa wang tunai dihulur sempena lawatan tersebut sedikit sebanyak menceriaka­n penghuni anak istimewa berkenaan.

Menurut Abang Khalid ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaia­n sumbangan itu, yayasan berusaha mengenal pasti dan mendekati pihak yang memerlukan bantuan baik daripada individu mahupun pusat seperti PDK tersebut.

“Meskipun umum tahu keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini, ia langsung tidak menjadi halangan kepada kita (Yayasan PEKEMA Sarawak) untuk terus menghulurk­an sumbangan serta bantuan khusus kepada mereka yang memerlukan.

“Lebih-lebih lagi apabila perayaan seperti Hari Raya tidak lama lagi, mereka (penghuni PDK Matang) ini adalah anak- anak istimewa yang mungkin tidak dapat merasaai sambutan perayaan sama seperti anak-anak lain yang tidak senasib dengan mereka,” katanya.

Tambah beliau lagi, PDK Matang terpilih tahun ini sebagai penerima sumbangan daripada pihaknya, namun untuk tahun sebelumnya beberapa PDK di seluruh kawasan Kuching juga telah dirai dalam majlis sama.

“Ini sahaja cara untuk kita menyumbang semula kepada masyarakat memerlukan dan besar harapan kita untuk meneruskan aktiviti seumpama ini pada masa-masa akan datang,” jelasnya lagi.

Katanya, dengan adanya sumbangan yang dihulur diharap ia dapat meringanka­n beban perbelanja­an sebagai persiapan menyambut Hari Raya tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia