Utusan Borneo (Sarawak)

Balai bomba sementara di Dalat sedia beroperasi

Bangunan struktur konkrit bernilai RM80,000 akan diserah kepada pasukan bomba sukarela hari ini

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Sebuah balai bomba sementara di daerah Dalat bernilai RM80,000 seluas 1,400 kaki persegi sudah siap dibina, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad.

Menurutnya, balai berstruktu­r bangunan konkrit itu adalah hasil sumbangan melalui geran projek kecil luar bandar (MRP) Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan, Masyarakat, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dalat Datuk Fatimah Abdullah.

“Fatimah melalui MRP beliau telah memberikan sebanyak RM80,000 bagi membinanya. Kita gunakan sebanyak RM50,000 untuk membina bangunanny­a yang menggunaka­n khidmat dari anggota bomba sukarela dan anggota tetap kita secara gotong-royong selama 60 hari.

“Baki selebihnya iaitu RM30,000 kita gunakan untuk membeli pam.

Pam ini mengikut kajian kita yang telah dibuat di mana kita dapati kaedah operasinya mudah, ringan dibawa dan boleh tampung tekanan untuk kebakaran berskala kecil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jalinan Mesra Ramadan Peringkat JBPM Negeri Sarawak yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Jalan Central di sini, malam kelmarin.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Sarawak Tiong Ling Hiee, wakil Ketua JBPM Zon 4 Sarawak Wan Kamarudin Wan Ahmed, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Abdul Mutalib Jaafar dan Penolong Pengurus Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak Sibu Siti Aminah Abdullah.

Pada majlis tersebut, JBPM telah menyerahka­n sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak Sibu serta sumbangan berupa barangan makanan kepada anak-anak yatim.

Seramai lebih 50 anak-anak yatim yang menghadiri majlis tersebut turut menerima duit raya daripada Nor Hisham.

Terdahulu, Nor Hisham serta hadirin lain menyertai majlis berbuka puasa, sembahyang Maghrib, Isyak dan terawih.

Beliau memberitah­u, balai bomba sementara itu sudah sedia untuk beroperasi.

“Pada Sabtu ini (hari ini), kita akan serahkan secara rasmi bangunan balai bomba sementara ini kepada anggota bomba sukarela Dalat.

“Kita merakamkan setinggi- tinggi penghargaa­n kepada Fatimah kerana berjaya membantu kita membina balai bomba itu.

“Sekarang kita cuba untuk mendapatka­n jentera bomba daripada kerajaan mahupun sumbangan sama ada daripada pihak swasta.

Kita optimis, kita akan dapat.

“Dengan adanya anggota sukarela di Dalat, ia akan membolehka­n mereka mencegah kebakaran sebelum menunggu ketibaan anggota kita dari balai Mukah yang terletak kira-kira 40 minit dari Dalat,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Nor Hisham berkata, daerah Dalat bakal mempunyai sebuah balai bomba tetap yang sudah dimasukkan dalam senarai mereka pada tahun 2018.

Menurutnya, tapak untuk membina balai bomba tetap sudah ada iaitu mempunyai keluasan tanah kira-kira tiga ekar.

“Kita berharap tahun depan balai bomba daerah Dalat akan diluluskan di mana tahun ini kementeria­n hanya me- luluskan balai bomba daerah Selangau sahaja.

“Cadangan untuk membina balai bomba daerah Dalat sudah dalam senarai pihak kita dan diharap ia dapat diluluskan oleh kerajaan pada tahun depan,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai balai bomba daerah Selangau, beliau memberitah­u bahawa pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) akan mempercepa­tkan proses tanah yang menjadi tapak untuk membina balai itu.

Ini kerana, ujarnya, tapak sedia ada adalah tanah milik individu dan perlu menjalani beberapa proses sebelum pengambila­nnya oleh pihak kerajaan.

“Kos balai bomba daerah Selangau adalah sebanyak RM6.5 juta dan pihak JTS akan mempercepa­tkan proses dari pihak mereka sebelum projek pembinaann­ya di tender kepada pihak kontraktor untuk membinanya. “Itu hanya kos balai sahaja dan tidak termasuk kuarters anggota.

Kita akan cuba mencari peruntukan lain untuk membina kuarters anggota kerana di Selangau agak susah untuk mencari rumah sewa,” tambahnya.

Sekarang kita cuba untuk mendapatka­n jentera bomba daripada kerajaan mahupun sumbangan sama ada daripada pihak swasta. Kita optimis, kita akan dapat. Nor Hisham Mohammad Pengarah JBPM Negeri Sarawak

 ??  ?? BERSEDEKAH: Nor Hisham (tengah) ketika menyampaik­an sumbangan berupa barangan makanan kepada Siti (dua kanan) sambil disaksikan oleh (dari kiri) Mutalib, Kamarudin dan Tiong pada Majlis Jalinan Mesra Ramadan Peringkat JBPM Negeri Sarawak di Sibu, malam...
BERSEDEKAH: Nor Hisham (tengah) ketika menyampaik­an sumbangan berupa barangan makanan kepada Siti (dua kanan) sambil disaksikan oleh (dari kiri) Mutalib, Kamarudin dan Tiong pada Majlis Jalinan Mesra Ramadan Peringkat JBPM Negeri Sarawak di Sibu, malam...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia