Utusan Borneo (Sarawak)

Utamakan pendidikan pacu capai status negara maju

-

LIMBANG: Kerajaan meletakkan kepentinga­n pendidikan sebagai keutamaan dalam usaha melahir modal insan cemerlang bagi mengisi keperluan pembanguna­n negara menjadi sebuah negara maju.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata untuk tujuan itu kemudahan prasarana sekolah dibina termasuk menggantik­an sekolah usang dan daif, selain menyalur pelbagai peruntukan besar demi memperkasa kualiti dan pencapaian mutu pendidikan negara.

“Kerajaan telah memberi peruntukan cukup demi meningkatk­an infrastruk­tur dan kemudahan di semua sekolah.

“Saya yakin pelbagai ke- mudahan ini pasti dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajar­an yang lebih selesa,” jelasnya pada majlis pemimpian bersama rakyat di Dewan Bunga Raya semalam.

Turut sama ialah Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Suraya Habibollah dan wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi.

Dr Abdul Rahman berkata lagi sejajar kemudahan pendidikan, prestasi dan pencapaian dalam peperiksaa­n utama di daerah ini dapat dikekal dan dipertingk­at.

Menurutnya, hanya melalui pendidikan berkualiti dan tahap pencapaian cemerlang pendidikan anak mampu merubah masa depan pelajar berkenaan, keluarga masyarakat dan negara.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Sekolah Kurang Murid (SKM) beberapa sekolah kemungkina­n digabung membabitka­n SK Telahak, SK Tiga Kampong, SK Meritam dan Sk Lubuk Tekuruk.

Selain prasarana pendidikan Limbang katanya masih memerlukan pembanguna­n infrastruk­tur, termasuk jalan raya, bekalan air, elektrik yang masih menghantui rakyat Sarawak.

Pada majlis itu sebanyak RM217,000 geran kerajaan diagihkan kepada penerima termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan menengah, tabika perpaduan dan tabika KEMAS.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Dr Abdul Rahman menyerahka­n geran kepada salah seorang wakil PIBG Frederick Lalung, disaksi Suraya (empat kiri), Hamidah (kanan) dan tetamu lain.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Dr Abdul Rahman menyerahka­n geran kepada salah seorang wakil PIBG Frederick Lalung, disaksi Suraya (empat kiri), Hamidah (kanan) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia