Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap cuai dan lalai boleh undang bencana: Nor Hisham

-

SIBU: Pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, masyarakat Islam diingatkan supaya berhati- hati menggunaka­n barangan elektrik dan tidak bermain mercun ataupun bunga api.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata sikap cuai dan lalai boleh mengundang bencana dan tragedi.

“Bersama kita mengambil berat. Apabila di rumah jangan meninggalk­an apa anda masak di dapur. Begitu juga jangan terlebih menggunaka­n alat soket di rumah boleh menyebabka­n lebih kuasa sehingga berlaku lintar pintas.

“Selain itu, awasi anakanak supaya tidak bermain mercun dan bunga api. Jangan biarkan musim perayaan air mata mengalir. Haruslah berwaspada dalam apa juga dilakukan lebih- lebih lagi persiapan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jalinan Mesra Ramadan Peringkat JBPM Negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Jalan Central di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak Tiong Ling Hiee, wakil Ketua JBPM Zon 4 Sarawak Wan Kamarudin Wan Ahmed, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalib Jaafar dan Penolong Pengurus Lembaga Kebajikan Anak- anak Yatim Sarawak Sibu. Siti Aminah Abdullah.

Pada majlis tersebut, JBPM telah menyampaik­an sumbangan sejumlah RM2,000 kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak Sibu serta sumbangan berupa barangan makanan kepada anak-anak yatim.

Seramai lebih dari 50 anakanak yatim yang menghadiri majlis tersebut turut meneri- ma duit raya daripada Nor Hisham.

Terdahulu, Nor Hisham serta hadirin menyertai majlis berbuka puasa, sembahyang Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Nor Hisyam turut mengingatk­an kunci rumah harus diletakkan di tempat diketahui semua ahli keluarga.

“Ini penting agar semua ahli keluarga tahu apabila berlaku kecemasan.

“Jangan menyimpan kunci rumah sembaranga­n. Simpan di tempat selamat dan mudah diambil. Yang penting, biarlah semua ahli keluarga kita tahu di mana ia disimpan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau mengingatk­an agar pengguna jalan raya supaya sentiasa berhatihat­i apabila balik ke kampung pada musim perayaan ini.

“Dengan mempunyai cuti panjang serta masa rehat cukup, rancanglah perjalanan.

“Jika mempunyai masa rehat cukup dan perjalanan dirancang sudah semestinya kita lebih berhati-hati,” katanya.

Nor Hisham turut berharap tiada kemalangan besar berlaku pada musim perayaan ini dan berdoa agar semua orang dapat sampai destinasi dituju semasa pulang ke kampung musim perayaan.

 ??  ?? RAI BERSAMA: Nor Hisham (tengah) bersama anak-anak yatim pada Majlis Jalinan Mesra Ramadan Peringkat JBPM Negeri Sarawak di Sibu, malam kelmarin.
RAI BERSAMA: Nor Hisham (tengah) bersama anak-anak yatim pada Majlis Jalinan Mesra Ramadan Peringkat JBPM Negeri Sarawak di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia