Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS, GDAIB meterai LoU untuk program kerjasama antarabang­sa

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) dan Politeknik AIB Guandong ( GDAIB) telah menandatan­gani surat persefaham­an (LoU) untuk program pertukaran pelajar, pusat pertukaran dan kerjasama antarabang­sa.

Antara objektif lain LoU adalah untuk program penempatan industri, pertukaran kakitangan, menubuhkan Pusat Penyelidik­an Kajian Bersama dan mereka bentuk program atau francais baharu.

Majlis menandatan­gani LoU yang diadakan di UCTS di sini semalam diwakili oleh Naib Canselor UCTS, Prof Dato’ Dr Abdul Hakim Juri bagi pihak UCTS, manakala GDAIB diwakili oleh Setiausaha Jawatankua­sa Parti Politeknik AIB Guangdong Prof Yang Qunxiang.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yang menjadi saksi majlis menandatan­gani LoU berkenaan.

Bercakap pada majlis itu, Dr Hakim berkata UCTS sekali lagi telah melakar sejarah tersendiri menerusi kerjasama antarabang­sa tersebut.

“Kami sudah mula membincang­kan pelbagai projek kerjasama yang akan bermula September ini.

“Saya bersama-sama dengan Dato Sri Wong Soon Koh dan kakitangan lain telah berpeluang melawat Politeknik AIB Guandong bulan lepas.

Dan kami amat kagum dengan program dan aktiviti yang ditawarkan oleh mereka (GDAIB).

Terdapat banyak perkara yang kita boleh belajar dan jalankan secara kerjasama dengan mereka,” jelas beliau.

Salah satu darinya beliau memberitah­u adalah Program Teknologi Makanan, di mana akan dimulakan dengan pertukaran 12 pelajar dan dua kakitangan UCTS ke Guangdong selama dua minggu.

“Kami juga gembira kerana kita telah mengenal pasti seorang kakitangan UCTS untuk dihantar menerusi program pertukaran di Guangdong, di mana kami juga menerima seorang kakitangan dari Guangdong di sini di UCTS pada bulan September kelak,” katanya.

Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Fu Jijun dan Pengerusi Persatuan Alumni Graduan China Sarawak Datuk Lau Nai Hoh antara yang turut hadir.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Hakim (lapan kiri) bertukar LoU dengan Yang, sementara Wong (tengah) dan yang lain melihat sama.
TAHNIAH: Dr Hakim (lapan kiri) bertukar LoU dengan Yang, sementara Wong (tengah) dan yang lain melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia