Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bersih longkang bertutup giat dilaksana

Pusat Khidmat DUN Nangka peruntuk hampir setengah juta ringgit untuk jayakan projek di 13 lokasi

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri ( DUN) Nangka memperuntu­k hampir setengah juta ringgit untuk projek pembersiha­n longkang bertutup sepanjang 10.7 kilometer di 13 lokasi yang kini giat dijalankan.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, kerja-kerja membersih longkang di kawasan Nangka yang memakan masa kira-kira tiga bulan sudah selesai.

Tiga belas lokasi terbabit ialah Jalan Kampung Datu, Jalan Kampung Hilir, Jalan Masjid, Lorong Lang, Jalan Kampung Baharu termasuk Lorong Bangau, Jalan Nanas, Jalan Sungai Kerbau, Jalan Alu- Alu, Lorong Isau, Jalan Kampung Nangka, Jalang Abang Barieng ( termasuk Lorong 4 dan Jalan Abang Barieng Timur), Jalan Jasmin ( termasuk Jalan Kaka) dan Jalan Bandong.

“Projek ini hanya meli- batkan longkang-longkang simen yang bertutup di kawasan Nangka dan dijalankan oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

“Setakat ini, sebanyak empat kawasan dibersihka­n dan hari ini (kelmarin) kita membersihk­an Jalan Nanas yang merupakan lokasi kelima,” katanya selepas mela- wat tapak projek pembersiha­n longkang di Jalan Nanas di sini, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka itu menambah, longkang di Jalan Nanas di sini tidak pernah dibersihka­n sejak mula dibina.

“Kita membersih longkang itu bagi mengelak parit daripada tersumbat yang boleh menyebabka­n banjir kilat di samping mengelak menjadi sarang pembiakan nyamuk,” katanya.

Sementara itu, pemangku Setiausaha MPS Jong Thian Puk berkata hanya longkang bertutup di Kampung Datu di sini pernah menjalani kerja-kerja pembersiha­n tiga tahun lalu.

Projek ini hanya melibatkan longkang-longkang simen yang bertutup di kawasan Nangka dan dijalankan oleh MPS). ” Majlis Perbandara­n Sibu ( Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ?? SUMBANGAN RAMADAN: Muhamad Yakup (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh ketua jabatan kerajaan dan ketua masyarakat setempat.
SUMBANGAN RAMADAN: Muhamad Yakup (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh ketua jabatan kerajaan dan ketua masyarakat setempat.
 ??  ?? DIBERSIHKA­N: Dr Annuar (dua kiri) melihat kerja-kerja pembersiha­n longkang di Jalan Nanas bermula kelmarin.
DIBERSIHKA­N: Dr Annuar (dua kiri) melihat kerja-kerja pembersiha­n longkang di Jalan Nanas bermula kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia