Utusan Borneo (Sarawak)

100 penerima sasar terima sumbangan MAKSAK Bintulu

-

BINTULU: Seramai 100 penerima terdiri daripada ibu tunggal, golongan miskin dan kurang mampu menerima sumbangan daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Bahagian Bintulu di Pekarangan Pejabat Pentadbira­n Bahagian Bintulu, Wisma Residen semalam.

Penyampaia­n sumbangan di bawah Program Jalinan Kasih Ramadan itu telah disempurna Residen Bahagian Bintulu merangkap Pengerusi MAKSAK Bahagian Bintulu, Muhamad Yakup Kari.

Program anjuran MAKSAK Bahagian Bintulu, MAKSAK Wanita Bintulu dan Badan Kebajikan Islam (BKI) Pejabat Pentadbira­n Bintulu itu turut dihadiri Penolong Pengurus Besar ( Bahagian Alam Sekitar) Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Wan Ibrahim Wan Ali, Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad; Temenggung Barry Yek, Pemanca Rosli Kamaruddin; Pemanca Datuk Francis Toh, ketua jabatan kerajaan dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Jurucakap penganjur berkata, sumbangan itu memperliha­t sikap prihatin dan ingin membantu dalam kalangan kakitangan kerajaan, sektor swasta dan syarikat persendiri­an terhadap golongan memerlukan.

Selain itu katanya, ia untuk membantu meringan beban golongan terbabit menyambut Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba sekali gus untuk menerap nilai murni dalam membantu golongan memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Sumbangan disampaika­n berupa beras, minuman dalam tin dan makanan pelbagai persatuan dan kelab dari agensi kerajaan negeri, persekutua­n dan badan bukan kerajaan ( NGO) serta Farley Supermarke­t (Bintulu) di sini.

Penerima sumbangan itu dikenal pasti melalui sistem e-Kasih dan kakitangan kerajaan yang berpendapa­tan rendah terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia