Utusan Borneo (Sarawak)

Pencarum KWSP diingat jangan percaya mesej palsu penipuan

-

MIRI: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran agar tidak mempercaya­i sebarang mesej palsu dan penipuan diedarkan menerusi media sosial, perkhidmat­an pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit berkata, setakat semalam belum ada sebarang laporan polis dibuat di Miri berkenaan kes penipuan mesej palsu tersebut.

“Sekiranya ada pencarum KWSP sudah tertipu sindiket penipuan ini saya sarankan agar dibuat laporan polis dengan segera agar kami dapat menyiasat dengan segera.

“Saranan saya kepada se- siapa yang menerima mesej tersebut, jangan terus percaya dan jika boleh terus ke pejabat KWSP berdekatan untuk mendapatka­n kepastian,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Sementara itu, Pengurus Cawangan KWSP Miri ketika dihubungi semalam berkata isu mesej palsu ini difahamkan semakin berleluasa.

“Namun, ibu pejabat KWSP sedang melakukan siasatan lanjut mengenai perkara tersebut.

“Bahagian Perhubunga­n Korporat KWSP Kuala Lumpur dijangka akan mengeluark­an kenyataan penuh mengenai kes tersebut setelah perbincang­an dibuat,” katanya.

Semalam, akhbar menyiarkan laporan mengenai amaran yang dikeluarka­n KWSP mengenai penipuan mesej palsu.

Melalui kenyataan tersebut KWSP telah mengenal pasti SMS palsu dihantar kepada ahli dengan mendakwa KWSP akan menyekat akaun mereka dalam tempoh 24 jam, kecuali mereka menghubung­i nombor telefon yang diberikan.

KWSP berkata terdapat sindiket atau ejen aktif mempromosi perkhidmat­an mereka melalui media sosial dan KWSP menegaskan bawah pihaknya tidak melantik atau membenarka­n permohonan pihak ketiga untuk mengeluark­an simpanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia