Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga diseru kuasai digital dan e-dagang

Ikuti trend perniagaan semasa, terbukti membawa peningkata­n dari segi produktivi­ti

- Oleh Andy Sabang

HII SIBU: Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sibu ( SCCI) Dr Gregory Hii Sui Cheng menggesa peniaga tempatan supaya menguasai ekonomi e- dagang dan digital bagi memantap lagi perniagaan dan perusahaan masing- masing.

Mengambil contoh trend perniagaan global hari ini Hii menjelaska­n e- dagang sudah pun menjadi sebahagian urusan perniagaan di negara maju dan terbukti telah membawa pen- ingkatan dari segi produktivi­ti.

Katanya, Sarawak juga sedang bergerak ke arah ekonomi digital dan perkara itu diakui sendiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada Persidanga­n Ekonomi Digital Sarawak dan ICT Antarabang­sa pada awal tahun ini.

Abang Johari sekali menekankan perkara berkenaan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri pada bulan Mei lalu.

“Saya berpendapa­t kerajaan negeri akan melakukan suntikan dana pelaburan besar- besaran memastikan Sarawak menguasai ekonomi digital,” katanya.

Menurut Hii, peniaga tempatan harus bersedia dengan perubahan itu termasuk membiasaka­n diri dengan perniagaan digital.

“Peniaga tempatan harus menjadi proaktif dan harus berusaha mendapatka­n kemahiran yang mencukupi agar tidak terus ketinggala­n,” ujar beliau lagi.

Jelasnya ruang perniagaan harus bermula dengan menganjurk­an seminar berkaitan ICT dan menjemput peniaga berjaya untuk berkongsi pengala- man mereka dengan ahli.

Hii berkata melalui cara demikian para peniaga dapat didedahkan dengan sistem baharu termasuk mengemas kini maklumat tepat untuk didedahkan kepada orang ramai.

“Sama- sama kita bekerjasam­a memastikan usaha kita membina ekonomi digital untuk Sarawak berjaya,” tambah beliau.

Katanya, biarlah kesepakata­n itu dapat membawa Sarawak sebaris syarikat perniagaan digital ternama seperti Alibaba, Ten Cents, Microsoft, eBays dan Amazons.

Saya berpendapa­t kerajaan negeri akan melakukan suntikan dana pelaburan besar-besaran memastikan Sarawak menguasai ekonomi digital. Dr Gregory Hii Sui Cheng Presiden SCCI

 ??  ?? SERAH TUGAS: Kassim (kiri) melakukan simbolik menyerahka­n tugasnya kepada Zakaria (kanan) sambil disaksikan oleh Dzulkafli di Sibu, baru-baru ini.
SERAH TUGAS: Kassim (kiri) melakukan simbolik menyerahka­n tugasnya kepada Zakaria (kanan) sambil disaksikan oleh Dzulkafli di Sibu, baru-baru ini.
 ??  ?? MUHAMMAD AFIQ
MUHAMMAD AFIQ
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia