Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah tetap 14 Julai sebutan kes warga asing guna dadah

-

MIRI: Mahkamah menetap- kan 14 Julai ini untuk sebutan lanjut kes dua lelaki warga Brunei dalam dua kes berasingan dituduh menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine, Amphetamin­e dan Ketamine.

Manakala kedua-dua tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Yong Wei Kong, 38, dan Foo Su Lui, 37, telah di- dakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta merta dikehendak­i menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n kes pertama, Yong dituduh menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Manakala dalam kes kedua, Foo dituduh memasukkan dadah jenis Amphetamin­e, Methamphet­amine dan Ketamine ke dalam tu- buh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka pada jam 1.30 pagi, 11 Jun lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes memandangk­an laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia