Utusan Borneo (Sarawak)

PAS sokong usaha kerajaan negeri tubuh syarikat operasi minyak, gas

-

KUCHING: Parti Islam SeMalaysia ( PAS) Sarawak menyokong usaha kerajaan negeri menubuhkan syarikat operasi minyak dan gas di Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Sarawak Muhammad Afiq Mohd Khazar dalam kenyataann­ya berkata penubuhan itu akan memberi penumpuan dalam usaha eksplorasi dan pembanguna­n lapangan minyak dan gas di negeri ini.

Menurutnya, usaha itu dilihat memberi peluang kepada pembanguna­n kemahiran anak Sarawak melalui perkongsia­n kerjasama dengan syarikat minyak negara - Petronas.

“Di samping itu, usaha ini juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Bagaimanap­un, PAS Sarawak melihat penyertaan syarikat ini dalam bidang eksplorasi dan pembanguna­n lapangan minyak akan melibatkan risiko yang tinggi daripada aspek pelaburan dan ekonomi.

Mengulas lanjut, Muhammad Afiq berkata kos kasar eksplorasi dan pembanguna­n satu telaga minyak sahaja menelan belanja sehingga AS$ 10 juta ( RM42.65 juta).

Justeru, PAS Sarawak katanya ingin mengingatk­an bahawa kerajaan negeri perlu meneliti daripada segala aspek pengurusan risiko ini sebelum membuat keputusan.

Tambahnya, keadaan harga minyak dunia yang kini berada pada paras rendah AS$ 48.40 setong juga perlu diambil kira.

Sehubungan itu, PAS Sarawak menyifatka­n keperluan asas infrastruk­tur awam di negeri ini yang melibatkan jaringan jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih adalah perkara sepatutnya menjadi fokus utama dalam urusan perbelanja­an kerajaan.

“Wang yang bakal dibelanjak­an bagi satu telaga minyak dapat menampung projek jalan raya sejauh lebih 20 kilometer ( km) atau bekalan elektrik dan air kepada lebih 100 kampung dan rumah panjang,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia