Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS bincang baik pulih Bazar Ramadan Kem Rascom

-

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan berbincang dengan Panglima 9 Briged berkenaan rancangan masa depan Bazar Ramadan Kem Rascom, Batu 10 di sini.

Pengerusin­ya, Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata, perbincang­an tersebut untuk meluas dan menambah baik keadaan tapak bazar Ramadan di Kem Rascom.

Menurutnya, MDLBS telah meluluskan dua tapak bazar Ramadan pada tahun ini iaitu Sibu Jaya dan Kem Rascom.

“Setiap tahun kita tahu bahawa jumlah pengunjung bazar Ramadan semakin meningkat dan menyebabka­n kesesakan lalu lintas di Bazar Ramadan Kem Rascom.

“Oleh itu, kita akan mengadakan perbincang­an dengan Panglima untuk rancangan masa depan bazar Ramadan di Kem Rascom,” jelasnya.

Beliau turut berterima kasih kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadan kerana memberi kerjasama kepada pihak majlis untuk memastikan keadaan lalu lintas terkawal.

Sempurai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahka­n apron kepada seramai 34 peniaga bazar Ramadan di Kem Rascom, Batu 10, petang kelmarin.

Ujarnya, tujuan penyerahan apron tersebut adalah untuk menggalakk­an peniaga menjaga kebersihan dan memastikan keadaan di bazar Ramadan sentiasa teratur dan tersusun.

“Kita juga ingin memastikan semua juadah yang dijual sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dimakan.

“Oleh itu, kita pastikan bahagian Kesihatan Awam MDLBS sentiasa memantau keadaan di kedua-dua bazar Ramadan tersebut,” katanya.

Sempurai berharap penyerahan apron tersebut memberi kesedaran kepada para peniaga bazar Ramadan tentang pentingnya mengutamak­an kebersihan.

Hadir sama ialah Setiausaha MDLBS Justani Joni dan kaunselor- kaunselor MDLBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia