Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga harap permohonan tapak Bazar Ramadan Rascom baharu segera lulus

-

SIBU: Pengurus tapak bazar Ramadan Kem Rascom, Maslim Joni berharap permohonan memindahka­n bazar Ramadan Kem Rascom, Batu 10 ke tapak baharu terletak berdekatan tapak sedia ada dilulus segera.

Menurutnya, tapak baharu tersebut merupakan satu kawasan kosong berdekatan dengan tapak sedia ada lebih luas dan mampu menempatka­n lebih ramai peniaga dan tempat letak kenderaan.

Sehingga kini, Maslim memberitah­u seramai 34 peniaga di tapak bazar Ramadan tahun ini berada dalam keadaan padat dan tapak niaga berada berhampira­n dengan jalan raya.

“Kita memohon kepada pihak atasan memindahka­n tapak bazar Ramadan ini ke tapak baharu lebih sesuai demi keselamata­n pengunjung dan peniaga.

“Jika permohonan dilulus, sudah pasti kita akan dapat meluaskan lagi tapak bazar dan menerima permohonan lebih ramai peniaga untuk berniaga di sini,” ujarnya.

Maslim berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Apron Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) kepada para peniaga di Bazar Ramadan Kem Rascom, Batu 10, petang kelmarin.

Katanya, Bazar Ramadan Kem Rascom telah wujud sejak lebih tujuh tahun lepas dengan kebanyakan peniaga warga Kem Rascom serta datang dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah termasuk orang tempatan.

“Oleh itu, pelbagai menu juadah boleh didapati di sini. Begitu juga sambutan memberangs­angkan di sini, di mana para pelanggan datang dari dalam dan luar Sibu.

“Walaupun waktu operasi bermula dari jam 2 petang hingga 6 petang, tapi kadang-kadang jam 4 petang operasi kita sudah tamat disebab banyak juadahhabi­s dijual,” jelasnya sambil menambah, tapak itu diurusnya bersama seorang rakan.

Majlis penyerahan apron telah disempurna­kan Pengerusi MDLBS, Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai. Hadir sama ialah Setiausaha MDLBS Justani Joni dan kaunselor-kaunselor MDLBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia