Utusan Borneo (Sarawak)

JTS serah cek pampasan alih 10 kubur Cina terjejas Pan Borneo

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei ( JTS) kelmarin membayar pampasan RM200,000 untuk mengalihka­n 10 kubur Cina di Batu 4 ½, Jalan Penrissen yang terjejas susulan Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Cek pampasan diserahkan oleh Pegawai Penilai JTS Bahagian Kuching, Monaliza Ismail kepada Naib Presiden Persatuan Hokkien Kuching, Tay Yu Siang.

Penyerahan cek disaksikan oleh Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Daerah Kuching Jong Hse Jun dan Temenggung Tan Joo Phoi di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Daerah Kuching di sini. Terdahulu sebelum penyerahan cek, Monaliza berkata setiap tapak kubur yang terjejas di bawah projek ini akan menerima pampasan sebanyak RM20,000.

Pampasan ini, katanya, adalah bagi menanggung kos kerja- kerja memindahka­n kubur ke tempat lain iaitu di tapak perkuburan Cina di Batu 14, Jalan Puncak Borneo.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lebuhraya Borneo Utara (LBU) telah memberikan kita masa iaitu pada 30 Jun ini untuk menyerahka­n tapak ini kepada pihak kontraktor.

“Jadi, kita di JTS Bahagian Kuching memberikan masa sehingga 28 Jun untuk ahli keluarga atau penjaga memindahka­n kubur-kubur in ke tapak yang telah dipersetuj­ui oleh persatuan,” kata Monaliza.

Sementara itu, wakil dari Persatuan Hokkien Kuching berkata tidak semua daripada kubur-kubur ini dapat dipindahka­n tepat pada atau sebelum tarikh 28 Jun seperti yang dihendaki.

Ini kerana menurut wakil persatuan, masyarakat Cina perlu memilih tarikh yang sesuai untuk memindahka­n kubur- kubur ini dan lain keluarga lain tarikh yang akan dipilih.

“Selasa depan, kami akan berjumpa dengan ahli keluarga pemilik kubur-kubur ini dan akan tahu berapa tapak kubur yang dapat dipindahka­n sebelum atau pada 28 Jun,” katanya.

Dalam pada itu, kuburkubur yang terjejas ini melibatkan tapak tanah yang terletak di Lot 404, Blok 226, Kuching North Land District dengan keluasan 0.15 ekar atau 607 meter persegi.

Dua mesyuarat telah diadakan antara JTS Bahagian Kuching dan persatuan sebelum ini dan kelmarin merupakan perjumpaan yang ketiga bagi penyerahan cek pampasan.

 ??  ?? CEK PAMPASAN: Monaliza (tiga kiri) menyampaik­an cek pampasan kepada Tay (lima kanan) disaksikan Tan (enam kanan), Jong (empat kiri) serta yang lain.
CEK PAMPASAN: Monaliza (tiga kiri) menyampaik­an cek pampasan kepada Tay (lima kanan) disaksikan Tan (enam kanan), Jong (empat kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia