Utusan Borneo (Sarawak)

Platform martabat al-Quran dalam masyarakat

Tilawah al-Quran juga semai kecintaan terhadap kalam suci Allah terutama generasi muda Islam

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang platform memartabat­kan al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, malah program itu juga dapat membangkit­kan serta menanam kecintaan terhadap kalam suci itu terutama oleh generasi muda masa kini.

“Program perujian tilawah al-Quran tidak seharusnya dilihat sebagai medan menguji kemahiran bacaan sematamata, tetapi diharap akan dapat membangkit minat dan kecenderun­gan untuk terus memartabat­kan kalam suci itu.

“Malah, penganjura­n pro- gram pengujian tilawah alQuran juga dapat menjadi wadah untuk masyarakat setem- pat meningkatk­an pembacaan ayat suci selain menghayati ajarannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat DUN Samariang anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Cawangan Samariang Jalan Diplomatik di sini malam kelmarin.

Pada masa sama, Hasidah memberitah­u penganjura­n program seumpama itu juga adalah untuk memperinga­ti turunnya ayat al-Quran yang pertama pada 17 Ramadan tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW.

“Justeru, kita tidak mahu melupakann­ya dan menjadikan aktiviti ibadah ini sebagai aktiviti tahunan sejak dahulu lagi selain platform untuk mencungkil bakat mengalun serta memperdeng­arkan ayat suci al-Quran di kalangan penduduk setempat khususnya di kawasan DUN Samariang,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu menambah, kalam suci Allah itu juga harus dijadikan sebagai budaya dalam menjalani kehidupan seharian.

“Apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan seharian, kita harus sentiasa berbalik kepada ajaran alQuran dan as-Sunnah.

“Justeru, saya ingin menyeru semua masyarakat Islam khususnya tidak kira peringkat umur untuk mencintai dan mengangkat kemuliaan alQuran lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan Al-Mubarak ini,” ujarnya.

Seramai 35 peserta yang terdiri daripada qari dan qariah mewakili setiap ranting dalam kawasan DUN Samariang menyertai Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat DUN Samariang itu.

Hadir sama suami Hasidah, Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman, Penasihat Jawatankua­sa Perujian Tilawah Dato Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Marzuki serta Pengerusi Pengelola Abdul Baderi Sahmat.

Program perujian tilawah al-Quran tidak seharusnya dilihat sebagai medan menguji kemahiran bacaan semata-mata, tetapi diharap akan dapat membangkit minat dan kecenderun­gan untuk terus memartabat­kan kalam suci itu. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek)

 ??  ?? SIMBOLIK PERASMIAN: Hasidah (dua kiri) ditemani suaminya meletakkan al-Quran di atas meja sebagai simbolik perasmian Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat DUN Samariang di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Abang Khalid (dua kanan) dan Abdul...
SIMBOLIK PERASMIAN: Hasidah (dua kiri) ditemani suaminya meletakkan al-Quran di atas meja sebagai simbolik perasmian Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat DUN Samariang di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Abang Khalid (dua kanan) dan Abdul...
 ??  ?? UTAMAKAN KEBERSIHAN: Sempurai (tiga kiri) menyerahka­n apron kepada Pengurus Bazar Ramadan Kem Rascom, Maslim Joni (empat kanan) di tapak Bazar Ramadan Kem Rascom, Batu 10.
UTAMAKAN KEBERSIHAN: Sempurai (tiga kiri) menyerahka­n apron kepada Pengurus Bazar Ramadan Kem Rascom, Maslim Joni (empat kanan) di tapak Bazar Ramadan Kem Rascom, Batu 10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia