Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia zahirkan kebimbanga­n

DoJ gagal dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menzahirka­n rasa bimbang susulan kegagalan Jabatan Keadilan ( DoJ) Amerika Syarikat untuk mendapatka­n kerjasama kerajaan atau 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) berhubung saman sivil terbaharu dikemukaka­n oleh DoJ terhadap pelbagai aset, demikian dinyatakan di sini, semalam.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad, dalam menyatakan perkara itu, juga berkata kerajaan juga bimbang dengan tindakan tidak perlu dan tidak sepatutnya dalam menamakan perkara-perkara tertentu dan individu yang hanya relevan kepada manipulasi politik domestik dan campur tangan.

“Ini menunjukka­n wujud motivasi yang melangkaui objektif untuk merampas aset- aset,” katanya dalam kenyataan.

Tengku Sariffuddi­n berkata kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh dengan mana- mana penyiasata­n yang sah terhadap mana-mana syarikat atau warganegar­a Malaysia mengikut protokol antarabang­sa.

“Pihak berkuasa Malaysia telah melakukan banyak siasatan dan secara menyeluruh membabitka­n 1MDB, termasuk oleh badan bebas dan dwipartisa­n seperti Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara dan didapati tiada perbuatan jenayah.“1MDB masih lagi disiasat oleh Polis Diraja Malaysia. Jika terdapat bukti berlakunya sebarang salah laku, Malaysia tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Sehingga itu, beliau berkata sebarang dakwaan yang tidak dibuktikan tidak patut diambil kira sebagai fakta.

“Dan kami mengambil perhatian kenyataan akhbar dikeluarka­n DoJ, yang menyatakan ‘Satu aduan sivil bagi perampasan hanyalah sekadar satu dakwaan bahawa wang atau hartanah ada terlibat atau mewakili hasil daripada jenayah. Dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan sehingga mahkamah membuat penghakima­n yang memihak kepada Amerika Syarikat”.

Tengku Sariffuddi­n berkata proses kehakiman tidak terikat dengan pihak yang mahu menjadi tajuk utama dan Malaysia berpegang teguh pada pendirian menyokong ketelusan dan urus tadbir baik.

Ini termasuk memastikan tuduhan perlu berasaskan fakta, dan bukannya keburukan yang dicanangka­n oleh lawan politik, katanya.

“Kami yakin keadilan akan terserlah dan Malaysia akan terus bekerjasam­a dengan semua agensi antarabang­sa yang bersedia berbuat demikian.

“Seperti yang sentiasa ditegaskan oleh Perdana Menteri, jika sebarang salah laku dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuas­akan tanpa pengecuali­an,” katanya. — Bernama

Pihak berkuasa Malaysia telah melakukan banyak siasatan dan secara menyeluruh membabitka­n 1MDB, termasuk oleh badan bebas dan dwipartisa­n seperti Jawatankua­sa KiraKira Wang Negara dan didapati tiada perbuatan jenayah. Datuk Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri

MIRI: Empat lelaki diberkas polis kerana disyaki terlibat penyalahgu­naan dadah di sebuah pusat penginapan di Taman Jade Manis, dekat sini, pagi kelmarin.

Melalui serbuan tersebut tiga lelaki ditahan adalah warga tempatan dan seorang warganegar­a Indonesia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesah tangkapan dan rampasan berhubung kes itu.

“Atas maklumat di- terima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah ( BSJND) Miri telah menyerbu bilik penginapan empat lelaki tersebut kira- kira pada jam 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam bilik tidak menjumpai apa-apa barang disyaki dadah dan menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejurus itu, semua suspek dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk tindakan lanjut dan menjalani ujian saringan awal.

“Hasil ujian mendapati tiga suspek warga tempatan tersebut positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine manakala seorang lagi suspek warganegar­a Indonesia didapati negatif dadah.

“Suspek didapati negatif dadah telah dibebas tanpa syarat manakala suspek yang lain berusia antara 23, 39 dan 41 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? DITANGKAP: Suspek yang ditahan atas kes dadah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
DITANGKAP: Suspek yang ditahan atas kes dadah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia