Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan swasta bangun peluang perniagaan S’wak

-

KUCHING: Pelaburan sektor swasta mempamerka­n sumbangan ketara ke arah pertumbuha­n ekonomi negeri ini, khasnya menerusi penciptaan lebih banyak kontrak serta peluang perniagaan.

Malah menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, inisiatif dibawa pelabur sektor swasta itu dijangka terus berkembang daripada 3.5 peratus kepada empat peratus tahun ini.

“Melalui pelaburan terbuka ini, ia sekali gus memberi peluang kepada komuniti perniagaan tempatan termasuk peluang pekerjaan kepada graduan muda serta pelajar lepasan sekolah.

“Justeru, lebih banyak pembanguna­n dan pelaburan daripada sektor swasta dialu-alukan terutama dalam keadaan ekonomi dunia agak perlahan ketika ini menjurus kepada permintaan agregat lemah, turun naik pasaran kewangan antarabang­sa serta harga minyak yang rendah berpanjang­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Bersama Antara Senari Synergy Sdn Bhd dan Kemaman Bitumen Company Sdn Bhd, di salah sebuah hotel, di sini semalam.

Jelas Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu lagi, kerajaan negeri akan terus menyediaka­n persekitar­an kondusif untuk pelaburan.

Katanya, Sarawak antara tiga destinasi pelaburan tertinggi digemari di Malaysia untuk tempoh dua tahun berturut-turut di mana ia berjaya menarik kira-kira RM11.8 bilion pada 2015 dan RM4.6 bilion pada 2016.

“Kita juga sangat gembira mengetahui pelabur tertarik dengan Sarawak tidak kerana sumber kita yang banyak, tetapi lebih utama kerana kestabilan politik, polisi perniagaan mesra, sistem penyampaia­n yang efektif dan efisien, keharmonia­n sosial serta tenaga kerja kita yang muda dan mahir,” jelasnya.

Mengulas mengenai acara menandatan­gani perjanjian antara dua syarikat tersebut, Awang Tengah melahirkan harapan agar penyatuan komitmen tersebut akan terus membawakan pembanguna­n kemudahan bitumen di negeri ini.

Beliau juga percaya, perjanjian kerjasama itu akan menyumbang ke arah pembanguna­n infrastruk­tur jalan raya negeri serta merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi Sarawak khasnya.

Majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama itu menyaksika­n Senari Synergy Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan Kumpulan Jefri Ahmad Tambi manakala Kemaman Bitumen Company Sdn Bhd pula diwakili Pengarahny­a, Somchit Sertthin.

Turut hadir ialah Pengerusi Senari Synergy Sdn Bhd Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Noor, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengarah Senari Synergy Sdn Bhd Datu Sarudu Hoklai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia