Utusan Borneo (Sarawak)

Penerima e-Kasih dijangka terima bantuan hujung Jun

45 nama termasuk 29 Penan belum disahkan dalam sistem

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Semua nama disenarai di bawah program e-Kasih dijangka menerima bantuan hujung Jun ini, kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak, Datuk Fatimah Abdullah.

Jelasnya, daripada 419 senarai nama didaftarka­n dengan e-Kasih, hanya 45 nama termasuk 29 Penan belum disahkan dalam sistem.

“Antara faktor ialah masalah dokumen pengenalan diri iaitu masih menggunaka­n kad pengenalan lama, kesukaran mengesan penerima dan ada yang sudah meninggal dunia.

“Terdapat juga senario seperti kaum Penan masih berpindah randah menyebabka­n mereka sukar dijejaki. Namun kita akan berusaha mengesan dengan bantuan pejabat daerah, ketua kampung, ketua kaum dan agensi berkaitan bagi memastikan mereka mendapat bantuan,” katanya.

Bercakap kepada media selepas majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri di Hotel Dynasty semalam, Fatimah berkata, mereka bukan tidak menerima bantuan namun ia belum dimasukkan ke dalam sistem.

Tambahnya, terdapat juga penerima e- Kasih tidak dapat dihubungi kerana masalah perhubunga­n selain terlalu jauh di kawasan pedalaman.

“Ini merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dibawah jawatankua­sa pembasmian kemiskinan untuk memastikan tiada orang miskin tercicir daripada menerima bantuan,”

Terdapat juga senario seperti kaum Penan masih berpindah randah menyebabka­n mereka sukar dijejaki. Namun kita akan berusaha mengesan dengan bantuan pejabat daerah, ketua kampung, ketua kaum dan agensi berkaitan bagi memastikan mereka mendapat bantuan. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak

katanya.

Fatimah menambah, senarai nama tidak dapat dikesan akan digugur daripada sistem namun kementeria­n tetap mempertimb­ang kes yang melibatkan penerima tinggal jauh di pedalaman, sukar untuk diakses dan tidak pernah menerima bantuan daripada kerajaan.

Terdahulu Fatimah menyampaik­an bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbentuk wang tunai RM100 dan hamper bernilai RM50 dan hamper bernilai RM150 sumbangan Hotel Dynasty kepada 150 penerima.

“Seramai 16,412 dari seluruh Sarawak menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri dan daripada jumlah itu, 902 dari Miri. Mereka tidak datang pada majlis ini akan menerima sumbangan RM100 yang dikreditka­n ke akaun masing-masing,” katanya.

Bantuan anjuran Hotel Dynasty dengan kerjasama JKM tersebut bertujuan mengurangk­an beban disamping membawa keceriaan kepada penerima.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak, Rosey Yunus, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, Residen Miri Sherrina Husaini, Pengarah Urusan Hotel Dynasty Tony Pui, Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Stanley Jonathan Ringgit.

 ??  ?? METERAI: Somchit (depan kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Jefri (depan kanan) sambil disaksi Awang Tengah (tengah) dan jemputan lain selepas majlis menandatan­gani Perjanjian Bersama Antara Senari Synergy Sdn Bhd dan Kemaman Bitumen Company Sdn...
METERAI: Somchit (depan kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Jefri (depan kanan) sambil disaksi Awang Tengah (tengah) dan jemputan lain selepas majlis menandatan­gani Perjanjian Bersama Antara Senari Synergy Sdn Bhd dan Kemaman Bitumen Company Sdn...
 ??  ?? TERIMALAH: Fatimah menyampaik­an duit raya kepada salah seorang penerima sempena majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri di Hotel Dynasty, kelihatan sama (dari kiri) Sherrina, Tony, Dennis manakala (dua dari kanan) Adam dan Rosey.
TERIMALAH: Fatimah menyampaik­an duit raya kepada salah seorang penerima sempena majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri di Hotel Dynasty, kelihatan sama (dari kiri) Sherrina, Tony, Dennis manakala (dua dari kanan) Adam dan Rosey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia