Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa eksploitas­i kanak-kanak boleh hilang hak penjagaan

-

ALOR SETAR: Tindakan ibu bapa atau penjaga yang mengeksplo­itasi kanak-kanak bagi tujuan kepentinga­n diri sendiri seperti mahu membalas dendam boleh kehilangan hak penjagaan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya boleh menyerahka­n hak penjagaan kepada anggota keluarga terdekat dan sekiranya tiada yang layak, barulah kanak-kanak tersebut diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

“Perkara ini memang termaktub dalam Akta KanakKanak 2001, begitu juga jika ibu atau bapa kita lihat tidak berkeupaya­an dari segi emosi. Bagaimanap­un kita perlu membuat siasatan dan melihat banyak aspek sebelum memutuskan apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra Bazar Wanita 1Malaysia di Lorong Sempit dekat sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembanguna­n Usahawan negeri Datuk Suraya Yaacob.

Rohani mengulas mengenai video tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukka­n seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun berada dalam keadaan lemah, tidak bermaya dan khayal, dipercayai diberikan dadah syabu.

Namun begitu beberapa hari selepas itu seorang wanita berusia 27 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa, menyerah diri ke- pada polis dan memberitah­u anaknya itu sebenarnya tidak diberikan syabu, sebaliknya video itu dibuat bertujuan untuk menyakiti hati bekas suaminya.

Sehubungan itu beliau berkata pihaknya masih menunggu siasatan lengkap daripada polis berhubung hal berkenaan dan sekiranya ibu kepada mangsa dibuktikan tidak layak untuk menjaga kanak-kanak terbabit, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutny­a.

Dalam perkembang­an lain, Rohani berkata pihaknya bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108, di Chukai, Terengganu kelmarin.

“Bagaimanap­un kita tahu pihak mereka ( Angkatan Tentera Malaysia) sendiri ada bahagian kaunseling mereka, namun kita sedia untuk berkhidmat jika diperlukan,” katanya yang turut mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa tersebut. — Bernama

 ??  ?? IKUT PERATURAN: Abdul Hafidz (kanan) bersama Moss (dua kanan) ketika memeriksa salah sebuah gerai di Bazar Ramadan Mukah semalam.
IKUT PERATURAN: Abdul Hafidz (kanan) bersama Moss (dua kanan) ketika memeriksa salah sebuah gerai di Bazar Ramadan Mukah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia