Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar aliran agama perlu praktik ilmu dituntut untuk komuniti

-

MUKAH: Pelajar aliran agama digesa untuk menonjol diri dengan mempraktik aliran serta bidang pelajaran yang dituntut, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.

Jelasnya, pelajar sekolah agama harus mempunyai kelebihan dalam bidang keagamaan berbanding pelajar sekolah lain.

“Pelajar perlu belajar banyak perkara dan mendalami bidang agama jika bersekolah di sekolah aliran agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Khatam AlQuran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SKMA) Igan petang Khamis.

Jelasnya, ini termasuk ilmu al-Quran, tajwid, bahasa Arab dan segala berkaitan bidang agama.

“Tunjukkan anda merupakan seorang pelajar di sekolah agama, boleh menjadi rujukan masyarakat dankeluarg­a,” jelasnya.

Sementara itu, Juanda turut menggesa pelajar memperting­katkan bacaan al-Quran dan amal ibadah lain pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Sebab ayat suci Al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar, bacalah sebanyakny­a Al- Quran selain amalamamal­an lain,” kata beliau lagi.

Seramai 20 pelajar telah menamatkan pembacaan AlQuran pada fasa pertama majlis berkenaan.

Setelah majlis khatam alQuran selesai, seramai 556 pelajar SMKA Igan mendapat duit raya termasuk 106 staf serta kakitangan SMKA Igan turut mendapat duit raya.

Majlis turut menyaksika­n pemberian wang bantuan kepada surau serta masjid di Igan dan penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar ( MRP) kepada kampungkam­pung di Igan.

Turut hadir pada majlis adalah Pengetua SMKA Igan Kanil Hassan serta ketuaketua masyarakat kawasan Igan.

Majlis kemudian diteruskan dengan berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah, Isyak dan tarawih.

 ??  ?? TERIMA: Juanda (dua kiri) ketika menyerahka­n duit raya kepada pelajar disaksikan Kanil (kiri) dan yang lain.
TERIMA: Juanda (dua kiri) ketika menyerahka­n duit raya kepada pelajar disaksikan Kanil (kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia