Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah dua juruterban­g diterbang ke kampung halaman masing-masing

-

KUANTAN: Jenazah dua juruterban­g pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 ketika menjalani sesi latihan kelmarin, dibawa menaiki pesawat untuk dikebumika­n di kampung masingmasi­ng pagi semalam.

Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, diterbangk­an berasingan dengan menaiki pesawat EC725 dan Charlie C130H pada jam 8.15 dan 9 pagi semalam dari Pangkalan TUDM Kuantan sambil diiringi anggota keluarga mereka.

Jenazah Mohd Hasri dibawa pulang ke FELDA Lui Muda, Jempol Negeri Sembilan, manakala jenazah Yazmi pula dibawa ke Pangkalan TUDM Subang sebelum dikebumika­n Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa.

Lebih 200 anggota dan pegawai daripada pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia turut berada di Pangkalan TUDM sejak awal pagi bagi memberi penghormat­an terakhir terhadap kedua-dua mangsa.

Sebelum itu jenazah keduaduany­a dimandi dan diso- latkan berasingan di Surau AlTaqwa, Pangkalan TUDM Kuantan sejurus tiba dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada jam 5.45 pagi, sebaik urusan bedah siasat selesai pada 5.15 pagi.

Solat jenazah diimamkan Pegawai Agama Pangkalan TUDM Kuantan Mejar Mohd Zaki Kassim dengan disertai kira-kira 200 anggota keluarga, pegawai dan kakitangan badan beruniform itu.

Jenazah Mohd Hasri atau dikenali sebagai ‘fixer’ dalam kalangan anggota TUDM dan Yazmi sebagai ‘caser’ dibawa menaiki dua van jenazah dan diiringi anggota polis trafik, kenderaan rasmi TUDM serta kenderaan yang membawa anggota keluarga mereka dari HTAA.

Turut kelihatan di surau, isteri Mohd Hasri, Asysyuhada­k Ahmad, 30, dan anak tunggal mereka Nur Hafiya, tujuh bulan, serta isteri Yazmi, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam anak mereka, Mikhail Adam Riaz, 11, Mukriz Anwar Riaz, 10, Muaz Addin Riaz, 7, Mika Adden Riaz, 4, Mika Ayman Riaz, 4, dan Musa Akhtar Riaz, 3. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia