Utusan Borneo (Sarawak)

Empat pemain jadi tumpuan di kejohanan Piala Konfederas­i

-

SOCHI: Piala Konfederas­i bermula pada hari ini (Sabtu) apabila Russia menentang New Zealand. Di bawah adalah empat pemain yang bakal menjadi tumpuan dalam kejohanan itu dari 17 Jun hingga 2 Julai. CRISTIANO RONALDO (PORTUGAL) Selepas memenangi kejuaraan antarabang­sa pertama dalam kariernya yang gilang-gemilang bersama Portugal di Euro 2016, Ronaldo mempunyai peluang yang realistik untuk membawa pulang Piala Konfederas­i. Ronaldo, bintang tarikan utama yang tidak dapat dipertikai­kan itu, tiba di Russia dengan matlamat untuk melengkapk­an satu lagi musim yang cemerlang setelah mengetuai Real Madrid untuk memenangi kejuaraan La Liga pertama dalam tempoh lima tahun. Ronaldo juga terus menulis semula buku rekod dalam Liga Juara- Juara apabila dia menjadi orang pertama menjaringk­an lebih 100 gol dalam pertanding­an kelab perdana di Eropah dengan hatrik ketika menentang Bayern Munich. Paling membimbang­kan bagi semua pemain yang ditugaskan untuk menghalang­nya, kecergasan Ronaldo menurut pengakuann­ya sendiri adalah jauh lebih baik berbanding selama ini bagi beberapa kejohanan antarabang­sa kebelakang­an ini selepas lebih kerap direhatkan berbanding pada musimmusim lalu di Madrid. JAVIER HERNANDEZ (MEXICO)

Berdasarka­n standardny­a sendiri yang tinggi, musim 2016-17 mengecewak­an bagi ‘Chicharito’, yang menjaringk­an 11 gol liga untuk Bayer Leverkusen apabila mereka menamatkan musim di tempat ke-12 dalam liga utama Jerman.

Bagaimanap­un, bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu memecah rekod Jared Borgetti sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi Mexico pada bulan lepas dengan 47 gol untuk negaranya.

Dia dijangka dapat mengatasi jumlah 50 gol di Russia.

Persembaha­n terbaiknya pada musim ini adalah hatrik apabila dia sendirian memastikan kemenangan Leverkusen 3-2 di Mainz pada September tahun lepas – kemudian dengan rendah hati memuji pasukannya kerana membantuny­a menjaringk­an ketiga-tiga gol tersebut. AARON MOOY (AUSTRALIA) Mooy menamatkan musim yang cemerlang di mana dia membantu kelab tidak ternama Hudderfiel­d Town untuk memenangi Liga Perdana. Mooy, 26 tahun, yang dipinjamka­n dari Manchester City, kini diekori beberapa kelab terkemuka untuk musim akan datang. Mooy, yang dipilih untuk pasukan terbaik liga Championsh­ip, akan mencari ruang dengan hantaranny­a yang dalam dan tepat serta kecenderun­gannya untuk cuba menjaringk­an gol dengan rembatan dari jarak jauh. Dia akan membentuk pasangan yang mahir di bahagian tengah pasukan Socceroos bersama Tom Rogic, yang menjaringk­an gol kemenangan Celtic dalam perlawanan akhir Piala Scotland untuk memenangi tiga kejuaraan domestik. “Dia bukan sebahagian daripada pasukan (Huddersfie­ld) yang naik ke liga utama – dia adalah bahagian yang penting,” kata jurulatih Australia, Ange Postecoglo­u. “Dia bermain dalam setiap perlawanan dan dengan komitmenny­a kepada pasukan Socceroos dan perjalanan antarabang­sa dalam liga yang sukar, dia ternyata cemerlang.” TIMO WERNER (JERMAN) Dengan 21 gol dalam 31 perlawanan, Werner merupakan pemain Jerman yang menjaringk­an gol terbanyak dalam Bundesliga apabila dia mengetuai musim pertama RB Leipzig yang menakjubka­n dalam liga utama Jerman di mana mereka menamatkan kempen sulung mereka di tempat kedua di belakang Bayern Munich. Dengan kepantasan­nya, pemain berusia 21 tahun dan dipanggil ‘Turbo Timo’ itu amat berbisa apabila dia berjaya melepasi barisan pertahanan. Ketangkasa­nnya di hadapan gawang telah meletakkan­nya di dalam radar Liverpool dan Bayern. Apabila ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew, bercakap tentang hasratnya untuk mengasuh pemain sehingga mencapai tahap kelas dunia, dia ada Werner dalam fikiran. “Dia memiliki potensi,” kata Loew. “Dia mengucar-kacirkan pertahanan yang teratur dan kami memerlukan penyerang yang pelbagai dengan banyak kualiti.” Jerman telah berusaha dengan payah untuk menggantik­an Miroslav Klose, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam kejohanan akhir Piala Dunia, dan Werner telah disasari untuk peranan itu.

 ?? — Gambar AFP ?? MENAHAN SAKIT: Jesus diusung keluar padang selepas tercedera pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Brazil dan Argentina pada minggu lalu.
— Gambar AFP MENAHAN SAKIT: Jesus diusung keluar padang selepas tercedera pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Brazil dan Argentina pada minggu lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia