Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Konfederas­i membuka tirai Pihak keselamata­n Rusia perketat keselamata­n elak tragedi keganasan

-

SOCHI: Piala Konfederas­i bermula hari ini (Sabtu) apabila Russia menentang New Zealand di St Petersburg, dan pasukan tuan rumah berjanji keganasan yang mencemari Euro 2016 tidak akan berulang lagi.

Setahun sebelum Russia menganjurk­an kejohanan akhir Piala Dunia, kelakuan penyokong dan kebimbanga­n mengenai rasisme adalah topik- topik yang negara tuan rumah harap tidak akan menjadi faktor di Piala Konfederas­i yang disertai lapan buah pasukan.

Kejohanan 17 Jun-2 Julai itu dianggap sebagai persiapan berskala kecil bagi kejohanan akhir Piala Dunia 2018.

“Rusia merupakan sebuah negara yang selamat sepenuhnya dan saya pasti peminat bola sepak kami akan menjaga tingkah laku,” kata Timbalan Perdana Menteri Russia, Vitaly Mutko, kepada agensi berita TASS.

“Semua kita, termasuk mereka yang melawat, mesti menghormat­i budaya dan tradisi Russia. Negara kita selamat dan terbuka,” tambah Mutko, yang juga merupakan presiden Kesatuan Bola Sepak Russia.

Nama paling besar di kejohanan ini adalah superstar global Cristiano Ronaldo, yang akan menjadi kapten juara Euro 2016, Portugal.

Juara dunia Jerman, Portugal yang diketuai Ronaldo dan juara Amerika Selatan Chile adalah antara pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan akhir di St Petersburg pada 2 Julai.

Pasukan tuan rumah Rus- Pengawal keselamata­n berjalan melimpasi papan iklan yang tertera Piala Konfederas­i 2017 Rusia di luar Stadium Otrkytie Arena di Moscow. sia berada dalam Kumpulan A bersama Portugal, Mexico, juara Piala Emas CONCACAF 2015, dan New Zealand, juara Oceania 2016.

Jerman menentang pemegang kejuaraan Copa America, Chile, juara Piala Asia, Australia, dan pemenang Piala Negara pada tahun ini, Cameroon, dalam Kumpulan B.

Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew, telah menimbulka­n tanda tanya mengenai kebaikan menganjur Piala Konfederas­i selepas Euro 2016 dan sebelum Piala Dunia pada tahun depan.

“Saya mungkin tidak akan sedih jika ia tidak berlangsun­g pada 2021,” kata Loew ketika dia mengumumka­n skuad yang mentah, dan tidak memohon maaf kerana merehatkan bintangnya.

Hanya tiga sahaja anggota skuad, yang mempunyai jumlah keseluruha­n 104 penampilan antarabang­sa, menjadi sebahagian daripada kumpulan yang memenangi Piala Dunia 2014 dan Loew telah mengumumka­n tujuh pemain yang tidak pernah bermain mewakili negara sebelum ini.

Selepas serangan bom di Manchester pada bulan lepas, kawalan keselamata­n dijangka ketat di keempat-empat stadium di Moscow, Sochi, St Petersburg dan Kazan.

Penyokong yang menonton Piala Konfederas­i 2017 perlu mendaftar maklumat mereka untuk menerima lencana pengenalan yang mereka mesti pakai untuk membolehka­n mereka memasuki stadium.

Russia mahu mengelak keganasan yang berlaku di Euro 2016 apabila penyokong Russia dan England bertelingk­ah di Marseille sebelum dan sewaktu perlawanan kedua-dua pasukan mereka pada peringkat kumpulan. Seramai 35 orang cedera, kebanyakan­nya penyokong England, disebabkan oleh rusuhan itu.

Kebimbanga­n juga wujud mengenai kelakuan rasis di kalangan penonton, sesuatu yang diketengah­kan dalam satu karnival di Sochi pada bulan lepas.

Beberapa penghibur menghitamk­an muka mereka dan membawa pisang untuk mewakili Cameroon sewaktu perarakan bagi memberi penghormat­an kepada lapan pasukan yang menyertai kejohanan itu.

Kota Sochi mengeluark­an kenyataan untuk menegaskan perarakan itu “meraikan pelbagai benua dan testimoni kepada sikap terbuka Russia”.

“Perarakan karnival itu sama sekali tidak ada hasrat untuk menghina sesiapa,” tambahnya.

Rekod rasisme Russia dalam sukan bola sepak telah menimbulka­n persoalan mengenai sama ada penyokong dan pemain dari pelbagai latar belakang akan dialu-alukan atau tidak di Piala Konfederas­i dan Piala Dunia 2018.

Sejak lima tahun lalu, banyak insiden rasisme berlaku sewaktu perlawanan di Russia.

Dalam satu temu ramah pada 2015, bintang Brazil, Hulk, yang bermain untuk Zenit St Petersburg dari 2012-2016, berkata dia mengalami rasisme dalam ‘hampir setiap perlawana’” yang disertainy­a.

“Jika rasisme berlaku dalam Piala Dunia, ia pasti amat jijik dan amat buruk,” tambahnya. — AFP

 ??  ?? DIJAMIN SELAMAT:
DIJAMIN SELAMAT:
 ??  ?? MESSI
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia