Utusan Borneo (Sarawak)

Jesus tak perlukan pembedahan

-

LONDON: Penyerang bintang Brazil di kelab Manchester City, Gabriel Jesus, berkata dia tidak memerlukan pembedahan ke atas soket mata kanannya yang retak disebabkan oleh rakan sepasukan Nicolas Otamendi.

Pemain antarabang­sa Brazil berusia 20 tahun itu terpaksa dikeluarka­n selepas dia tanpa sengaja bertembung dengan Otamendi, pemain pertahanan Argentina, dalam satu perlawanan di Melbourne, Australia, pada Jumaat lepas.

Bagaimanap­un, dia rasa cukup gembira dengan penilaian kakitangan perubatan untuk mengumumka­n berita itu kelmarin.

“Semalam saya menjalanka­n gemamuka,beberapape­meriksaan dan saya ada berita baik! Pemulihan saya berjalan dengan sangat baik dan saya tidak memerlukan pembedahan,” tulisnya dalam Facebook.

“Dalam masa 15 hari, saya akan diperiksa semula tetapi semua tanda menunjukka­n saya akan kembali dalam masa tiga minggu!

“Terima kasih kepada semua yang menghantar pesanan kepada saya, yang menyokong saya dan berdoa untuk saya.

“Terima kasih kepada Dr Jorge Pagura, Dr Claudio Lotemberg dan Dr Sergio Miranda, di atas rawatan dan perhatian mereka.”

Jesus memberi impak yang kuat di City selepas dia tiba Januari lalu, menjaringk­an tiga gol dalam tiga penampilan pertamanya sebelum dia mengalami kepatahan tulang dalam kakinya yang tidak membolehka­nnya untuk bermain selama dua bulan.

Pengurus City, Pep Guardiola, melabelnya sebagai ‘ istimewa’ dan mendakwa kelab itu mungkin merebut kejuaraan dan bukannya memburu tempat dalam Liga Juara-Juara jika dia ada di kelab itu sepanjang musim. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia