Utusan Borneo (Sarawak)

Leicester tambat Maguire dari Hull City

-

LONDON: Leicester menandatan­gani pemain pertahanan Hull, Harry Maguire, untuk bayaran yang dilaporkan sebanyak 17 juta pound (RM93.5 juta) kelmarin.

Maguire ingin meninggalk­an Hull selepas kelab itu tersingkir dari Liga Perdana pada musim lepas dan dia sudah menyetujui kontrak selama lima tahun dengan Leicester.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pemain pertama yang ditandatan­gani Leicester sejak Craig Shakespear­e menyetujui kontrak selama tiga tahun sebagai pengurus tetap Leicester pada minggu lepas.

Maguire akan menyertai rakan- rakan sepasukan baharunya pada awal Julai sebelum kem latihan pramusim Leicester diadakan di Austria.

“Ia ternyata masa yang sangat mengujakan bagi diri saya. Selepas saya memberi perhatian kepada kelab ini, saya memang mahu menyertain­ya,” kata Maguire dalam laman sesawang Leicester.

“Syukur saya di sini, jadi saya tidak sabar lagi mahu memulakan musim dan bermain.

“Beberapa kelab telah berminat, tetapi apabila saya berjumpa dengan pengurus di sini, dia telah memujuk saya dengan hala tuju kelab ini.

“Dia menunjukka­n kepada saya hala tuju kelab ini. Ia sedang meningkat naik dan ia kelihatan sangat memberangs­angkan bagi masa depan, jadi kredit kepada pengurus.”

Maguire merupakan pemain yang menyerlah bagi Hull walaupun mereka gagal untuk mengelak penyingkir­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia