Utusan Borneo (Sarawak)

Everton belanjakan 30 juta Pound untuk Pickford

-

LONDON: Everton menjadikan Jordan Pickford penjaga gol paling mahal di Britain kelmarin apabila mereka menandatan­gani bintang Sunderland itu dengan kontrak bernilai 30 juta pound (RM165 juta).

Everton akan membayar 25 juta pound (RM138 juta) pada mulanya bagi Pickford, penjaga gol antarabang­sa Bawah 21 England, untuk mengatasi 10 juta pound ( RM55 juta) yang dibayar oleh Southampto­n untuk menandatan­gani rakan antarabang­sanya, Fraser Forster, dari Celtic pada 2014.

Pemuda berusia 23 tahun itu merupakan penjaga gol ketiga paling mahal di dunia di belakang penjaga gol Benfica, Ederson, yang ditandatan­gani Manchester City baru-baru ini dengan harga 40 juta euro (RM192 juta), dan Gianluigi Buffon yang beralih dari Parma ke Juventus pada 2001 dengan harga 53 juta euro (RM254 juta).

Everton belum lagi habis berbelanja dan mereka melengkapk­an tempoh 24 jam yang sibuk dengan mendapatka­n pemain tengah Ajax, Davy Klaassen untuk harga 23.5 juta pound (RM129 juta).

Pickford, yang menandatan­gani kontrak selama lima tahun bersama Everton, merupakan sasaran utama Ronald Koeman untuk mengambil alih tempat Maarten Stekelenbu­rg dan Joel Robles, yang mempamerka­n prestasi tidak konsisten di Goodison Park pada musim lepas.

“Musim lepas merupakan musim pertama saya dalam Liga Perdana, jadi untuk mendapat peluang ini bersama Everton sekarang, untuk dapat maju ke hadapan dengan karier saya dan menunjukka­n kepada semua orang apa yang saya dapat buat bersama Everton adalah sesuatu yang tidak dapat dipercayai,” kata Pickford dalam laman sesawang Everton.

“Ia adalah sebuah kelab yang hebat, kelab yang besar dan saya rasa ia adalah peluang yang hebat dan masa yang sesuai untuk saya datang ke Everton.

“Ini adalah waktu yang mengujakan bagi kelab dan bagi saya juga, dengan cita-cita yang ditunjukka­n. Saya hanya mahu menjadi yang terbaik mungkin untuk membantu.”

Pickford merupakan satu daripada beberapa perkara yang positif ketika Sunderland disingkirk­an dari Liga Perdana pada musim lepas dan menerima pencalonan bagi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA.

Dia menerima panggilan untuk menyertai barisan pemain senior England pada Oktober tahun lepas dan mewakili negara di setiap daripada enam peringkat remaja dari Bawah 16 ke atas. — AFP

 ??  ?? PICKFORD
PICKFORD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia