Utusan Borneo (Sarawak)

Ranieri akan berusaha bawa Nantes julang trofi Ligue 1

-

NANTES: Claudio Ranieri memberi jaminan kepada penyokong di kelab baharunya Nantes bahawa dia bersedia untuk bekerja keras bagi mencapai kejayaan dan berkata kelab Perancis itu memiliki pemain dan semangat untuk menjayakan musim akan datang. R a n i - e r i , arkitek kejayaan ajaib Leicester City memenangi Liga Perdana pada 2016, menandatan­gani kontrak selama dua tahun untuk menjadi jurulatih Nantes pada awal kelmarin.

“Saya amat gembira untuk menjadi jurulatih baharu Nantes dan saya akan membawa semangat yang tinggi kepada tugasan ini,” kata pengurus berusia 65 tahun dari Itali itu yang fasih berbahasa Perancis kerana dia pernah menjadi pengurus dahulu di Monaco.

“Hakikat bahawa kelab ini naik dari tempat tercorot untuk

menduduki tempat ketujuh membuktika­n mereka mempunyai bakat dan etika kerja di sini.”

“Saya pasti kami akan menikmati musim yang hebat,” katanya dalam satu temu ramah dalam laman sesawang Nantes.

“Saya sudah biasa berusaha gigih untuk mendapatka­n hasil yang baik. Saya juga bergantung kepada penyokong.”

Nantes membenarka­n bekas jurulatih Portugis, Sergio Conceicao, untuk pulang ke negara asalnya dan mengambil alih tampuk di Porto dua minggu lepas dan bertindak pantas untuk mencari pengganti.

Nantes menerima keizinan khas dari pegawai liga Perancis untuk melantik Ranieri yang popular kerana dia sudah mencapai had usia 65 tahun bagi pengurus pada tahun lepas.

“Rundingan sangat, sangat cepat,” kata presiden Nantes, Waldemar Kita, kepada AFP awal minggu ini, dan memberitah­u Ranieri telah tiba di Paris dari Rom untuk berjumpa dengannya Ahad lepas.

Ranieri tiba hanya empat bulan sahaja selepas dia dipecat oleh Leicester, yang dia bimbing untuk mengatasi kebarangka­lian 5000- 1 bagi memenangi kejuaraan Liga Perdana pada 2016.

Namun musim keduanya ternyata buruk apabila kelab Inggeris itu berada di ambang penyingkir­an dan dia dipecat pada Februari lalu, walaupun berjaya mara ke peringkat 16 terakhir dalam Liga Juara- Juara.

Pengurus dari Itali itu sudah ada pengalaman bekerja di Perancis setelah membimbing Monaco untuk kembali ke dalam Ligue 1 pada 2012/13 dan kemudian menduduki tempat kedua di belakang Paris Saint-Germain pada musim berikutnya. — AFP

 ??  ?? RANIERI
RANIERI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia