Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tuan rumah hoki antarabang­sa

-

KUCHING: Persatuan Bekas Pemain Hoki Sarawak (PBPHS) bakal memahat nama dalam sejarah hoki tempatan selepas bersetuju menjadi tuan rumah Jemputan Hoki Sembilan Sebelah (9s) Antarabang­sa Sarawak 2017.

Presiden PBPHS, Haidel Heli berkata kejohanan julung kali diadakan di Sarawak itu dijadualka­n berlangsun­g pada 5 dan 6 Ogos di Stadium Hoki Sarawak, Jalan Padungan di sini.

Menurutnya, kejohanan antarabang­sa itu anjuran PBPHS dengan kerjasama Kelab Bekas Pemain Hoki Kuching, SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

“PBPHS melangkah setapak lagi dalam usaha mempromosi­kan sukan hoki neg- eri ke persada dunia melalui penganjura­n Jemputan Hoki Sembilan Sebelah Antarabang­sa Sarawak 2017 pada Ogos depan.

“Ini merupakan julung kali PBPHS terlibat dalam penganjura­n kejohanan dunia dan ia satu pencapaian yang cukup bersejarah bagi persatuan ini dan arena hoki tempatan.

“Pada masa yang sama, penganjura­n kejohanan ini juga sebagai menyahut seruan kerajaan negeri untuk mempromosi sektor pelanconga­n sukan di Sarawak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) di sini kelmarin.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaa­n kepada lebih 90 kakitangan Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd, Jabatan Kerja Raya ( JKR), Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Sarawak Energy Sdn Bhd.

Menurut Haidel, beberapa kelab hoki tempatan termasuk di Semenanjun­g Malaysia, Sabah, Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Labuan, Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia telah mengesahka­n penyertaan.

Tambahnya, PBPHS juga menjemput pasukan dari China dan Hong Kong dan percaya negara-negara berkenaan akan turut serta pada kejohanan tersebut.

“Agak malang kerana Liga Hoki Australia sedang ber- langsung ketika ini kerana kelab di sana turut menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian.

“Saya juga percaya, kejohanan ini akan menarik minat pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 khususnya pasukan negara sebagai landasan pendedahan,” tambah Haidel sambil menambah Hotel Riverside Majestic dipilih sebagai penginapan pasukan mengambil bahagian.

Kejohanan tersebut akan mempertand­ingkan kategori Terbuka (Lelaki/Campuran) dan Veteran Campuran (40 tahun ke atas).

Yuran sebanyak RM900 dikenakan kepada setiap pasukan dengan tarikh tutup pendaftara­n pada 19 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia