Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Majid juara Cabaran Boling 8 Pin

-

KUCHING: Abdul Majid Abdullah muncul juara Cabaran Boling 8 Pin Ramadan Megalanes Sarawak berlangsun­g di E-Mart Batu Kawa minggu lalu selepas mencatat jatuhan pin sebanyak 1,237 dalam lima pusingan.

Tempat kedua Jeffrey Kaso dengan perbezaan 14 pin manakala Glen Robin dan Abdul Latip Jamil di tempat ketiga dan keempat selepas mencatat 1,198 dan 1,172 jatuhan pin.

Kemenangan membolehka­n Majid membawa pulang sepasang kasut boling ABS S-950 manakala tempat kedua hingga keempat masing-masing menerima beg Brunswick Double-Ball Tote.

Tempat kelima hingga ketujuh disandang Osman Waili, Abdul Rahman Mohamed dan Norhayati Abdullah @ Meg untuk menerima beg ‘ advance single- ball’ setiap seorang.

Hadiah lain termasuk baucar Lil Baba Ramadhan, CoffeyCat dan hamper.

Sementara itu, Megalanes Sarawak akan menganjurk­an Cabaran Boling 9 Pin Ramadhan Megalanes Sarawak pada Ahad ini juga di venue sama.

Ia terbuka kepada peserta dengan purata jatuhan 170 pin kebawah dengan ‘checkin’ jam 2 petang dan ‘roll-off’ bermula jam 2.30 petang.

Perlawanan diadakan dalam lima pusingan dan yuran dikenakan sebanyak RM60 bagi setiap peserta (termasuk buffet berbuka puasa). Tarikh tutup penyertaan hari ini (17 Jun).

Juara akan menggondol RM400 beserta trofi, tempat kedua RM180 dan trofi dan tempat ketiga RM120 beserta trofi.

Tempat keempat hingga keenam masing-masing menerima RM100, RM70 dan RM60.

Sementara mereka yang menduduki tempat ketujuh hingga ke-10 akan menerima lima baucar permainan percuma.

Turut disediakan hadiah istimewa berupa hidangan percuma (ayam pandan atau kari hijau) di Restoran The Lil Baba.

Peserta yang mencatat skor tertinggi dalam setiap pusingan berpeluang memenangi baucar RM10 CoffeyCat manakala peserta pertama yang mencatat permainan sempurna secara timbal balik (scratch) akan membawa pulang RM100.

Borang pendaftara­n boleh didapati di kaunter Megalanes Sarawak, Megalanes Adventure World dan Bowler’s spa.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi Bong Kihow (0162781898) atau Megalanes Helpline (012-8568489).

 ??  ?? BUKA PUASA: Haidel (empat kanan) bersama Pengerusi GJPBS, Abdullah Mohamad Noor (tiga kanan) dan ahli-ahli GJPBS pada majlis berbuka puasa kelmarin.
BUKA PUASA: Haidel (empat kanan) bersama Pengerusi GJPBS, Abdullah Mohamad Noor (tiga kanan) dan ahli-ahli GJPBS pada majlis berbuka puasa kelmarin.
 ??  ?? TAJAAN: Leo ( tiga kanan) menerima tajaan daripada Chin ( empat kanan) sambil disaksikan (dari kanan) Donny, Ling, Wilfred dan Stephen di Kuching semalam.
TAJAAN: Leo ( tiga kanan) menerima tajaan daripada Chin ( empat kanan) sambil disaksikan (dari kanan) Donny, Ling, Wilfred dan Stephen di Kuching semalam.
 ??  ?? PEMENANG: Bong (kanan) bersama pemenang (dari dua kanan) Abdul Majid, Jeffrey Kaso, Glen Robin dan Abdul Latip Jamil.
PEMENANG: Bong (kanan) bersama pemenang (dari dua kanan) Abdul Majid, Jeffrey Kaso, Glen Robin dan Abdul Latip Jamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia