Utusan Borneo (Sarawak)

Kelainan Pesta Batu Siib tarik pengunjung

- Oleh Agnes Tugong

PESTA Batu Siib yang diadakan setiap 2 Jun di tebingan sungai Kampung Selampit dekat Lundu berpotensi untuk menarik kehadiran ramai pengunjung tempatan dan luar.

Penganjura­n pesta kali ini telah menarik lebih 1,000 pengunjung untuk menyaksika­nnya yang juga bersempena dengan sambutan Hari Gawai Dayak.

Menurut jurucakap penganjur, orang ramai mula membanjiri tapak pesta seawal jam 8 pagi termasuk beberapa pelancong dari China yang singgah dalam siri lawatan ke negeri ini.

“Pelbagai acara untuk kanak-kanak dan dewasa diadakan sempena pesta ini, selain persembaha­n muzik dan tarian suku kaum Bidayuh.

“Menariknya pada tahun ini, alat muzik sape yang terkenal dalam kalangan Orang Ulu turut dipersemba­hkan oleh seorang belia Bidayuh,” katanya.

Tumpuan utama pada pesta ini ialah upacara niat atau berhajat oleh para pengunjung dengan memacak bendera putih yang telah ditulis dengan hajat masing-masing.

Sebelum bendera tersebut dipacakkan, ia terlebih dahulu perlu melalui satu upacara yang diketuai Nosem, Ketua Adat Kampung Selampit, dengan menyediaka­n dan memberi makanan untuk semangat yang menjaga Batu Siib.

Sekiranya ada antara hajat pengunjung yang termakbul, mereka perlu kembali ke Batu Siib ini untuk membalas semula hajat mereka tanda syukur.

Selain mengingati sejarah Batu Siib dan meraikan Gawai, pesta ini antara lain bertujuan untuk mengeratka­n pertalian saudara antara masyarakat tanpa mengira kaum.

Di samping itu, pesta ini juga merupakan salah satu tarikan untuk menarik kedatangan ramai pengunjung ke kampung ini.

Persembaha­n kugiran oleh kumpulan pemuzik dari Kampung Selampit sendiri turut ditampilka­n bagi memeriahka­n lagi pesta ini yang berlangsun­g sehingga ke petang.

Uniknya tidak seperti pesta-pesta yang lain, pesta ini diadakan di tapak bersejarah Batu Siib yang dikeliling­i hutan semula jadi dan untuk menyaksika­nnya, para pengunjung perlu menaiki perahu untuk sampai ke tapak pesta.

 ??  ?? NOSEM (KIRI) MENYEDIAKA­N BARANG YANG DIPERLUKAN UNTUK DIPERSEMBA­HKAN KEPADA SEMANGAT BATU SIIB
NOSEM (KIRI) MENYEDIAKA­N BARANG YANG DIPERLUKAN UNTUK DIPERSEMBA­HKAN KEPADA SEMANGAT BATU SIIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia