Utusan Borneo (Sarawak)

Telemovie Citra khas Hari Bapa pada 20 Jun ini di TV2

-

KISAH keluarga yang terpisah kerana angkara jenayah melatari plot kisah telemovie khas hari bapa yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Citra di TV2.

Kisah bagaimana kesungguha­n seorang ayah cuba menebus kembali kesilapan lama yang pernah dilakukann­ya sematamata mahu meyakinkan anaknya tentang kasih sayang seorang ayah kepada anak yang tiada sempadan.

Menampilka­n lakonan mantap pelakon berpengala­man Namron, Aida Aris, dan Arash Mohammad selain turut dibantu oleh Ezzrin Loy juga Shazleen Arsha, telemovie bertajuk ‘Janji’ ini bakal menemui penonton pada 20 Jun depan, jam 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Sama-sama menyorot kisah berlaku selepas 15 tahun di penjara, Amran dibebaskan dan kembali ke kampung untuk memulakan kehidupan yang baru bersama keluargany­a. Dia begitu merindui keluargany­a dan menyesal dengan kesalahan yang pernah dilakukann­ya hingga mengheretn­ya ke penjara.

Dia berusaha menjejaki bekas isterinya kerana rindu untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Di sana dia berjaya menemui Munira, bekas isterinya tetapi Munira meminta dia untuk tidak mengganggu mereka lagi.

Tanpa putus asa Amran mengekori Munira ke rumah dan akhirnya dapat melihat anaknya, Haikal. Amran juga diberitahu anaknya Yuni telah meninggal dunia. Setelah Munira mengetahui Amran mengidapi penyakit limfoma, dia merancang supaya Haikal menghabisk­an cuti semester bersama Amran di kampung.

Pada masa itu Munira telah menjalinka­n hubungan cinta dengan Izman, seorang lelaki yang kelihatan berjaya. Di kampung ayahnya, Haikal bertemu dengan Tasha dan neneknya Mak Mah yang memasak untuk dia dan ayahnya.

Pada mulanya Haikal tidak begitu senang tetapi selepas beberapa ketika dia mula rapat dengan Tasha. Suatu hari Haikal diculik dan kebetulan Tasha sedang menelefon Haikal. Dia sempat mendengar perbualan penculik yang dikenaliny­a lalu diberitahu Amran.

Amran segera ke tempat kawan-kawan lamanya dan menemui Haikal dan Munira. Rupa-rupanya dalang di sebalik segala perbuatan jenayah selama ini adalah orang yang dikenali mereka. Dia berpura-pura baik untuk memenuhi niat jahatnya. Namun siapakah orangnya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA: Namron teraju utama dalam telemovie bertajuk ‘Janji’ yang bakal menemui penonton pada 20 Jun ini, jam 10.00 malam menerusi TV2.
WATAK UTAMA: Namron teraju utama dalam telemovie bertajuk ‘Janji’ yang bakal menemui penonton pada 20 Jun ini, jam 10.00 malam menerusi TV2.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia