Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai eksport produk perkayuan susut 8%

Penyusutan bagi tempoh Jan-Mei tahun ini adalah kesan kejatuhan ekonomi global

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Nilai eksport produk perkayuan dari Sarawak menyusut sebanyak lapan peratus kepada RM2,404 juta bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini berbanding RM2,627 juta untuk tempoh yang sama tahun 2016.

Penyusutan kecil ini menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan adalah kesan daripada kejatuhan ekonomi global yang turut menjejaska­n pertumbuha­n industri perkayuan di negeri ini.

Bagaimanap­un, menurut Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan serta Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, industri perkayuan masih lagi penyumbang utama kepada ekonomi negeri selepas petroleum dan gas asli serta kelapa sawit.

“Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak-anak syarikat akan terus melabur dalam industri ini dengan memberi tumpuan tidak hanya kepada industri berasaskan kayu sahaja.

“Tetapi kita perlu mempelbaga­ikan pelaburan kita dalam aktiviti ekonomi seperti Pembanguna­n dan Penyelidik­an (R&D), industri perabot daripada akasia serta projek R&D produk daripada buluh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Derma Tahunan daripada PUSAKA dan anak- anak syarikat bagi tahun 2017 di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam dekat sini semalam.

Dalam pada itu, papan lapis kekal sebagai produk perkayuan utama yang dieksport oleh Sarawak dengan nilai eksport dalam lima bulan pertama tahun ini adalah RM1,254 juta berbanding RM1,293 juta dalam tempoh yang sama tahun 2016.

Empat lagi produk perkayuan utama yang dieksport dalam setengah tahun pertama ini ialah balak (RM507 juta), kayu gergaji (RM344 juta), papan gentian (RM122 juta) dan venir (RM64 juta).

Jepun kekal sebagai pasaran utama produk perkayuan Sarawak dengan nilai eksport RM961 juta bagi tempoh Januari hingga Mei 2017 diikuti India (RM354 juta), Korea (RM229 juta), Taiwan (RM176 juta) dan Filipina (RM152 juta).

Bercakap mengenai majlis itu semalam, Awang Tengah yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA berkata, sumbangan berjumlah RM266,000 ini disampaika­n kepada 59 pertubuhan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Sumbangan derma ini merupakan aktiviti tahunan PUSAKA dan anak-anak syarikatny­a sejak tahun 1982 yang bertujuan menyokong organisasi berkenaan menjalanka­n aktiviti-aktiviti mereka disamping membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Usaha ini juga adalah selaras dengan usaha kerajaan negeri bagi mewujudkan masyarakat prihatin di kalangan organisasi korporat dan melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat.

Turut hadir, Menteri Muda Jalan Persisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol serta Pengurus Besar PUSAKA Datu Sarudu Hoklai.

 ??  ?? KENANGAN: Awang Tengah (enam kanan), Julaihi (tujuh kanan) dan Sarudu (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama wakil penerima sumbangan daripada PUSAKA dan anak-anak syarikatny­a semalam.
KENANGAN: Awang Tengah (enam kanan), Julaihi (tujuh kanan) dan Sarudu (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama wakil penerima sumbangan daripada PUSAKA dan anak-anak syarikatny­a semalam.
 ??  ?? SUMBANGAN: Awang Tengah (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Abdullah (kanan) yang mewakili salah satu daripada pertubuhan kebajikan dan NGO disaksikan Julaihi (dua kanan) dan Sarudu (kiri).
SUMBANGAN: Awang Tengah (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Abdullah (kanan) yang mewakili salah satu daripada pertubuhan kebajikan dan NGO disaksikan Julaihi (dua kanan) dan Sarudu (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia