Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan promosi bunga plastik di Katai Import & Export hingga 24 Jun

-

KUCHING: Syarikat pembekal dan penjual bunga plastik, Katai Import & Export Sdn Bhd kini mengadakan jualan promosi sempena Hari Raya Aidilfitri di cawanganny­a di Jalan Padungan (Bangunan Chan Bee Kiew), di sini.

Promosi yang bermula hari ini itu akan berakhir pada 24 Jun (Sabtu), iaitu hari ambang sambutan perayaan tersebut bermula dari jam 8 pagi sehingga 9.30 malam.

Menurut jurucakap Katai Import & Export Sdn Bhd Jasmine Bong, kedai bunga yang berusia lebih daripada 30 tahun itu tidak ketinggala­n mengadakan promosi setiap kali tiba musim perayaan.

“Pada promosi kali ini, kita menawarkan pelbagai jenis dan warna bunga untuk dijadikan sebagai hiasan rumah, sama ada yang telah diubah dan juga dijual satu-satu, ia mengikut pilihan pelanggan sendiri.

“Pelanggan juga boleh membeli bunga mengikut kemahuan dan menyuruh pihak kami mengubahny­a mengikut reka bentuk bebas...ini juga kami ada tawarkan. Harga gubahan bunga yang kami jual bermula dari serendah RM20 sehingga RM400,” katanya kepada pemberita, semalam.

Jelas Jasmine, penetapan harga gubahan adalah tertakluk kepada jenis bunga, pasu dan reka bentuk yang dipilih.

Selain itu, Katai Import & Export Sdn Bhd juga menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an percuma ke rumah-rumah di dalam kawasan Kuching.

Selain bunga, Katai Import & Export Sdn Bhd turut menawarkan dekorasi rumah atau pejabat yang mengikut tema perayaan seperti lampu berkelip, ketupat anyaman plastik, kain rentang, pelita dan banyak lagi.

Untuk sebarang maklumat mengenai promosi yang dijalankan Katai Import & Export Sdn Bhd, bolehlah menghubung­i mereka di talian 082-336075 atau layari laman sesawang di pautan: www. katai.com.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GUBAHAN INDAH: Ratusan bunga boleh dipilih untuk hiasan rumah atau pejabat bagi menyambut perayaan Hari Raya tidak lama lagi, di Katai Import & Export Sdn Bhd.
GUBAHAN INDAH: Ratusan bunga boleh dipilih untuk hiasan rumah atau pejabat bagi menyambut perayaan Hari Raya tidak lama lagi, di Katai Import & Export Sdn Bhd.
 ??  ?? PELBAGAI PILIHAN: Antara dekorasi rumah atau pejabat yang mengikut tema perayaan seperti lampu berkelip, ketupat anyaman plastik, kain rentang, pelita dan banyak lagi.
PELBAGAI PILIHAN: Antara dekorasi rumah atau pejabat yang mengikut tema perayaan seperti lampu berkelip, ketupat anyaman plastik, kain rentang, pelita dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia