Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan hebat Hari Raya di Haw Electrical

-

KUCHING: Haw Electrical Trading Sdn Bhd (Haw Electrical) mengadakan jualan hebat Hari Raya yang menawarkan harga istimewa dari 16 hingga 24 Jun ini.

Promosi itu hanya ditawarkan di Haw Electrical Jalan Palm, Satok yang turut menyediaka­n jualan kanopi dengan menawarkan pelbagai barangan elektrik berjenama pada harga istimewa.

Malah, pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM1,000 dan ke atas dalam satu resit akan diberi satu katon minuman ringan dan hadiah percuma.

Antara jenama barangan elektrik yang terdapat di situ ialah Sharp, Sony, Electolux, Pioneer, Midea, Panasonic, Toshiba, Milux, Faber dan Joven.

Haw Electrical juga menyediaka­n pembayaran menerusi kad kredit pada kosong faedah kepada pelanggan selain pinjaman mudah AEONXPRESS.

Haw Electrical dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari sepanjang jualan istimewa Hari Raya.

Orang ramai yang ingin maklumat lanjut dan mengetahui promosi yang ditawarkan boleh mengunjung­i Haw Electrical di Jalan Palm, Satok atau menghubung­i 082232996.

Selain itu, Haw Electrical turut mengadakan Jerayawara Jualan Hari Raya di Pasar raya Mydin Samaring bermula 16 hingga 25 Jun ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sepanjang promosi Jualan Hari Raya itu, orang ramai berpeluang untuk menikmati potongan harga sehingga 70 peratus bagi barangan elektrik terpilih.

 ??  ?? PROMOSI RAYA: Antara barangan elektrik yang terdapat di jualan kanopi Haw Electrical Trading Sdn Bhd di Jalan Palm, Satok.
PROMOSI RAYA: Antara barangan elektrik yang terdapat di jualan kanopi Haw Electrical Trading Sdn Bhd di Jalan Palm, Satok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia