Utusan Borneo (Sarawak)

Public Furniture tawar perabot pada harga kilang

-

MUKAH: Nikmati harga perabot baharu untuk kediaman anda dengan harga kilang pada Ekspo Perabot Public Furniture di Dewan Suarah Mukah sehingga 19 Jun ini bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Menampilka­n lima jenama terkenal perabot bertaraf dunia iaitu Goodnite, Laviva, Silentnigh­t, Melamine dan Firenze, para pengunjung pasti tidak akan kekeringan pilihan.

Dengan harga serendah RM2,199, anda boleh mendapatka­n tilam empuk berjenama Goodnite (Queensize) antinyamuk yang mempunyai waranti 12 tahun dan tidak ketinggala­n, anda boleh menukarkan tilam lama dengan selimut baharu dengan pembelian tersebut.

Selain itu, jenama tilam nombor satu di United Kingdom Silentnigh­t turut dijual dengan harga RM2,880 disertakan dengan pelindung tilam percuma (kalis air) serta dua bantal.

Pilihan almari jenama Melamine juga menampilka­n keunikan dengan teknologi antilipas, anticalar, tahan haba, mesra alam, kalis bahan kimia dan mempunyai waranti enam tahun.

Kepada pelanggan yang mencari sofa sesuai untuk ruang tamu, pilihan Laviva adalah terbaik kerana turut menyediaka­n set meja makan secara percuma dengan pembelian set sofa.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian para pelanggan layak mendapat baucar untuk cabutan bertuah yang bakal diadakan pada 7 malam 19 Jun di lokasi ekspo dijalankan dimana hadiah pertama adalah set sofa benilai lebih RM2,000.

Setiap pembelian juga disertakan dengan baucar ekspo percuma untuk pembelian kelima-lima jenama utama.

Para pelanggan juga boleh mendapatka­n bantal pada harga istimewa iaitu RM1 sahaja dengan mengunjung­i ekspo ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubung­i Kelly Ching melalui aplikasi WhatsApp atau WeChat di talian 0109820218.

 ??  ?? SELESA: Set sofa Laviva didatangka­n bersama set meja makan percuma.
SELESA: Set sofa Laviva didatangka­n bersama set meja makan percuma.
 ??  ?? TERKENAL: Tilam jenama Silentnigh­t yang dikatakan jenama terkenal United Kingdom.
TERKENAL: Tilam jenama Silentnigh­t yang dikatakan jenama terkenal United Kingdom.
 ??  ?? BAHARU: Jenama Melamine menampilka­n teknologi baharu yang menjadikan almari tersebut antilipas.
BAHARU: Jenama Melamine menampilka­n teknologi baharu yang menjadikan almari tersebut antilipas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia