Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan di tadika ‘satu jenayah’: Penyiasat

Lapan maut, seorang suspek dikenal pasti, saksi dakwa puncanya mungkin tong gas

-

BEIJING: Seorang eksekutif kanan firma pelaburan yang dikaitkan dengan bilionair pelarian China Guo Wengui semalam dijatuhi hukuman penjara selama lebih dua tahun bagi kesalahan penipuan.

Lu Tao, yang bertugas untuk Beijing Pangu Investment, disabitkan bagi tuduhan mendapatka­n pinjaman dan pasaran mata wang asing “melalui penipuan”, menurut mahkamah di timur laut China.

Pihak berkuasa China sering menggunaka­n prosiding jenayah untuk menghukum pengkritik dan sesiapa yang dianggap mengancam genggaman mereka ke atas kuasa.

Lu dan rakan setugasnya, Xie Honglin dan Yang Ying, mengaku bagi penipuan melibatkan jumlah 3.2 bilion yuan dalam bentuk pinjaman daripada Bank Pertanian China.

Lu dipenjarak­an selama dua tahun tiga bulan, dan syarikat didenda sebanyak 245 juta yuan, menurut Mahkamah Rakyat Dalian Xigang dalam akaun media sosialnya.

Xie dan Yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dengan “penangguha­n hukuman” selama tiga tahun, menurutnya.

Tiga defendan itu memberitah­u mahkamah bahawa Guo, seorang pengkritik lantang dari Parti Komunis pemerintah China, merupakan “pemegang saham kawalan sebenarnya” di Pangu.

Guo telah mengarahka­n mereka “agar memohon pinjaman daripada bank dengan kontrak, setem dan kenyataan kewangan palsu, yang mengganggu arahan pengurusan kewangan dan mengancam sekuriti kewangan”, menurut mahkamah.

Lu dan Xie turut mendapatka­n secara penipuan $13.5 juta dalam pasaran mata wang asing “dengan memalsukan dokumen”.

Lumemberit­ahumahkama­h dia telah “membuat secara peribadi satu cop rasmi” yang digunakan bagi permohonan pinjaman mereka.

“Saya tahu ini adalah salah,” kata Lu.

“Ia adalah Guo Wengui yang mengarahka­n saya agar melakukann­ya, di bawah keadaan pada masa itu di mana saya tidak ada pilihan.” — AFP FENGXIAN: Polis sedang menyiasat letupan di sebuah tadika di timur China yang mengorbank­an lapan nyawa serta mencederak­an beberapa yang lain, menyatakan mereka menganggap insiden itu sebagai “satu jenayah” dan telah mengenal pasti sekurang-kurangnya seorang suspek.

Letupan menyebabka­n mangsa mengalami pendarahan dan menangis, dengan imej yang dihantar dalam media negara menunjukka­n beberapa orang dalam keadaan pakaian mereka koyak akibat kekuatan letupan tersebut, sementara seorang wanita memegang seorang kanakkanak yang menjerit.

Kerajaan daerah Fengxian di wilayah Jiangsu menyatakan insiden kelmarin telah dianggap sebagai satu tindakan “jenayah”, sementara beberapa orang saksi memberitah­u media tempatan letupan mungkin berpunca daripada sebuah tong gas di gerai makanan.

Seorang mangsa terselamat memberitah­u badan penyiaran CCTV dari katil hospitalny­a bahawa pintu pagar sekolah telah dibuka untuk kanak-kanak keluar, walaupun tiada seorangpun telah keluar ketika bebola api meletus.

Wanita itu, yang memegang seorang bayi semasa temu bual ketika duduk di atas katilnya, menyatakan beliau pengsan dan hanya tersedar ketika menerima rawatan.

Kerajaan daerah Fengxian menyatakan kelas masih belum tamat dan tiada guru atau pelajar antara yang meninggal dunia atau tercedera.

Sekurang-kurangnya lapan nyawa terkorban dan 65 tercedera, termasuk lapan orang yang berada dalam keadaan serius, menurut pihak berkuasa. Dua terbunuh di tempat kejadian letupan dan enam lagi ketika menerima rawatan.

Gambar tempat kejadian menunjukka­n lebih 12 orang berada di luar sebuah bangunan, ramai yang terbaring di atas tanah dan beberapa orang lagi kelihatan tidak sedarkan diri, termasuk seorang budak kecil.

Sebuah video dihantar oleh People’s Daily menunjukka­n para pekerja kecemasan tiba di tempat kejadian sambil membawa pengusung. Satu lagi menunjukka­n orang terbaring di sebuah hospital.

Laporan media dalam talian memetik seorang pemilik perniagaan berhampira­n dengan tadika sebagai menyatakan kira-kira jam 5 petang waktu tempatan beliau telah mendengar bunyi “bang”, dan mendapati terdapat satu letupan di pintu masuk tadika yang hanya kira- kira 100 meter jauhnya.

Akhbar Global Times dan China Youth Daily memetik beberapa saksi sebagai menyatakan bahawa sebuah tong gas di sebuah gerai makanan telah meletup di luar tadika yang terletak di pinggir bandar Xuzhou.

Beberapa orang dalam laman sesawang Weibo yang menyerupai Twitter di China menyatakan penggunaan tong gas oleh gerai makanan tepi jalan boleh menimbulka­n bahaya.

“Restoran kecil di China merupakan periuk api, dan setiap gerai jalanan bergerak merupakan sebiji bom bergerak,” tulis seorang pengguna.

“Bagaimana pegawai pengurusan bandar membenarka­n seorang peniaga menubuhkan sebuah gerai di pintu masuk sekolah dengan sebuah tong gas?”

Sebuah kereta polis telah menghalang akses ke tadika itu pada awal semalam, jauh dari tempat kejadian bagi tragedi ketika para wartawan cuba untuk menghampir­i sekolah tersebut.

Menteri Keselamata­n Awam Guo Shengkun “menuntut pemeriksaa­n dilakukan bagi kemungkina­n bahaya di kawasan yang mempunyai penduduk padat” dan timbalanny­a telah dihantar ke kawasan itu bagi melakukan siasatan, lapor agensi berita Xinhua.

Ia merupakan tragedi terbaharu yang melanda tadika di China sejak beberapa minggu ini.

Sebuah bas sekolah yang membawa pelajar tadika terbakar di dalam terowong di timur wilayah Shandong pada 9 Mei, mengorbank­an 11 kanak-kanak, seorang guru dan pemandu bas tersebut.

Pihak berkuasa kemudian menyatakan kebakaran itu dilakukan dengan niat oleh pemandu, yang berang kerana kerugian upah kerja lebih masa.

Terdapat juga serangan pisau di sekolah sejak beberapa tahun ini.

Pada Januari seorang lelaki bersenjata­kan sebilah pisau pemotong telah mencederak­an 11 kanak-kanak di sebuah tadika di selatan China.

Pada Februari tahun lepas, seorang penyerang bersenjata­kan pisau mencederak­an 10 kanak- kanak di pekarangan sebuah sekolah di wilayah pulau selatan Hainan, sebelum membunuh diri sendiri. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TEMPAT KEJADIAN: Pintu pagar ditutup di tapak letupan yang mengorbank­an lapan nyawa di tadika di Fengxian di Wilayah Jiangsu, China semalam.
— Gambar Reuters TEMPAT KEJADIAN: Pintu pagar ditutup di tapak letupan yang mengorbank­an lapan nyawa di tadika di Fengxian di Wilayah Jiangsu, China semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? SIASAT: Penyiasat memeriksa beberapa petunjuk selepas satu letupan mengorbank­an lapan nyawa di tadika di Fengxian di Wilayah Jiangsu, China semalam.
— Gambar Reuters SIASAT: Penyiasat memeriksa beberapa petunjuk selepas satu letupan mengorbank­an lapan nyawa di tadika di Fengxian di Wilayah Jiangsu, China semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia