Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga, rakan sekerja wartawan mati dibunuh tuntut keadilan

-

KOTA MEXICO: Balu kepada wartawan Mexico yang dibunuh Javier Valdez, anakanak dan rakan sekerjanya telah mengetuai bantahan kelmarin bagi menyambut tempoh sebulan sejak beliau ditembak mati di jalan, mengecam kekurangan perkembang­an dalam siasatan.

Valdez, 50, ditembak beberapa kali pada waktu siang pada 15 Mei di luar pejabat Riodoce, akhbar yang beliau asaskan bersama di wilayah barat kejam Sinaloa.

Seorang wartawan jenayah veteran, penulis yang memenangi anugerah dan seorang penyumbang selama ini untuk AFP, beliau merupakan wartawan berprofil paling tinggi yang dibunuh di Mexico, di mana lebih 100 rakan sekerjanya telah dibunuh sejak tahun 2000.

Jenayah tersebut mencetuska­n bantahan antarabang­sa dan memaksa Presiden Enrique Pena Nieto untuk menyatakan secara umum mengenai isu tersebut buat kali pertama.

Namun sebulan kemudian, rakan sekerja Valdez tidak berpuas hati dengan keputusan daripada janji presiden bagi menentang tindakan terlepas dari hukuman, di sebuah negara di mana lebih 90 peratus kes ini masih belum diselesaik­an.

Seorang wartawan telah melakukan bantahan serangan hendap terhadap Pena Nieto ketika beliau menyampaik­an ucapan kepada para eksekutif media mengenai komitmen kerajaan beliau bagi kebebasan media.

“Cukuplah dengan pertumpaha­n darah,” tertulis pada sekeping kain rentang yang dipegang oleh wartawan Alvaro Delgado dari Proceso.

Beratus- ratus wartawan dan aktivis telah mengadakan perarakan bantahan di ibu negara Sinaloa, Culiacan, dan bahagian tengah bersejarah di Kota Mexico. Bantahan yang lebih kecil telah diadakan di beberapa bandar lain di sekitar negara.

Di Kota Mexico, penunjuk perasaan membawa gambar wartawan yang dibunuh dan hilang serta membaca senarai panjang nama mereka.

Sebuah kumpulan membuka sehelai bendera Mexico yang besar dengan warna hijau dan merah digantikan dengan hitam. Perkataan berbunyi: “Negara ini telah mati.”

Siasatan mengenai kematian Valdez menunjukka­n sedikit perkembang­an.

Bercakap dalam bantahan di Culiacan, balu Valdez, Griselda Triana, telah menyuaraka­n kemarahan dengan “ketidakcek­apan” pihak berkuasa.

“Beberapa kali mereka telah menemui saya untuk memberitah­u mengenai perkembang­an mereka bagi kes tersebut, kebenaran adalah kamu boleh memberitah­u mereka tidak berguna,” katanya.

“Saya menanyakan diri saya sendiri sekiranya saya pernah terserempa­k dengan pembunuh Javier pada bulan ini di jalan raya,” beliau memberitah­u wartawan.

“Saya takut, lebih- lebih lagi bagi tiga anak saya berbanding untuk diri sendiri, kerana mereka berada dalam satu situasi yang sangat sensitif sekarang dan kamu sedar bahawa dalam realiti tiada kerajaan, tiada pihak berkuasa di sini.”

Pendakwa raya pada mulanya berkata mereka menyiasat kes itu sebagai rompakan kereta, sebelum memaklumka­n kegiatan kewartawan­an Valdez adalah mungkin motif sebenar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia